.. The Day After Tomorrow ..

Still there today for tomorrow?

Saksikan Gerhana Bulan Separa - (010110)

Pada 1 Januari 2010 (010110), kita sekali lagi didedahkan dengan satu lagi fenomena alam Sunnatullah iaitu Gerhana Bulan Separa mulai 1:17 pagi sehingga 5:28 pagi. Secara umumnya, apa yang difahami dari fenomena ini ialah berlaku ketika Bulan melewati banyangan Bumi ketika Bulan penuh. Rajah seperti di bawah :

Rajah 1: Rajah Geometri Gerhana Bulan

Gerhana akan bermula pada 1:17 am ketika Bulan mulai melewati bayangan Penumbral Bumi (P1). Tetapi kebanyakan pencerap tidak akan mampu mengesan secara visual gerhana kerana bayangan Penumbral adalah kurang gelap.

Gerhana hanya akan dapat diamati ketika Bulan mulai melewati Umbra (U1) pada 2:53 am sehingga tahap maksimum pada 3:24 am. Bulan akan benar-benar meninggalkan bayangan Umbra Bumi (U4) pada 4:53 am.

Gerhana akan berkahir pada 5:28 am  tetapi tidak boleh dijangka kerana pada fasa Penumbral (kurang bayangan gelap) . 





Rajah 2 :
Fasa Gerhana Bulan Separa 1hb Januari 2010

Nota : Umbra       - Bahagian bayang yang paling gelap
          Penumbra - Wilayah di mana hanya sebahagian daripada tubuh occulting menutupi sumber cahaya


sumber : http://www.angkasa.gov.my 

Perbandingan Kenampakan Hilal 29 dan 30 Zulhijjah 1430 H


Sekarang diberikan gambaran kepada anda, simulasi bagi cerapan Hilal Muharram 1431 H yang telah saya lakukan pada petang semalam.. Perisian yang digunakan ialah Stellarium 0.10.

Nah, lihat kedudukan Bulan (yang bertanda 4 calit merah) dan ini telah menunjukkan kepada kita bahawa Hilal Muharram 1431 H tidak kelihatan pada tarikh 29 Zulhijjah 1430. Atau lebih mudah difahami, Bulan sudah jatuh dahulu dari Matahari. Ini kerana tidak memenuhi kriteria Imkanur Rukyah (238 ; ini ialah formula yang saya gunakan untuk mengingatinya) iaitu :

  1. Altitud Bulan tidak melebihi 2* (sedangkan data yang diperolehi ialah -1.51*) dan sepatutnya melebihi 2*
  2. Jarak Lengkuk Bulan tidak melebihi 3* (sedangkan data yang diperolehi ialah 2.70*) dan sepatutnya melebihi 3*
  3. Umur bulan tidak melebihi 8 jam (sedangkan data yang diperolehi ialah -1.21 jam) dan sepatutnya melebihi 8 jam.

sumber : Unit Falak UDM KUSZA


Oleh sebab itu, bilangan hari dalam bulan Zulhijjah perlulah digenapkan menjadi 30 hari pada 30 Zulhijjah 1430 H bersamaan 17 Disember 2009. Gambaran pada tarikh ini akan diterangkan selepas saya mendapat keputusan atau hasil daripada cerapan saya  sebentar lagi.. InsyaALLAH...

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa perlu melakukan cerapan ini secara simulasi? Dan apakah yang dikatakan sebagai simulasi? Simulasi bermasksud mengajuk atau meniru keadaanya atau suasananya seolah-olah betul atau hampir sama dengan keadaan sebenar.



Yang memungkinkan saya untuk melakukan cerapan ini secara simulasi adalah kerana ketidakmampuan saya untuk memiliki sebuah teodolit (hanya sudah mencukupi bagi seorang amatur yang masih lagi dalam proses untuk menjadi profesional dalam bidang ini untuk memiliki alat tersebut. Setidak-tidaknya boleh melakukan cerapan anak bulan sahaja), teleskop dan segala peralatan cerapan yang berkaitan dan faktor cuaca juga sangat menitik beratkan penggunaan simulasi ini.  Sebagai contoh hujan lebat, ribut taufan, petir dan sebagainya.

Disebabkan itulah wujudnya pembangunan perisian astronomi ini dibangunkan bagi mencari alternatif kepada masyarakat bagi menjalankan aktiviti ini. Jadi, perlulah diingatkan bahawa penciptaan teknologi ini bukanlah sia-sia tetapi memberi 1000 manfaat yang boleh digunakan seluruh umat manusia... :-)

Posisi Hilal 1431 H

Bagi penentuan Awal Muharram 1431 H ini, saya telah melakukan sedikit pengiraan (sedikit?? rasa cam aak banyak jugak dan ditambah dengan pening... huhu) tentang kedudukan atau posisi hilal bagi kenampakan anak bulan tersebut. Saya menggunakan 2 kaedah iaitu pengiraan manual (menggunakan formula dan aplikasi perisian kecil tidak rasmi). Bagi kriteria kenampakan anak bulan, telah saya bincangkan dalam topik sebelum ini. Namun, hari ini saya ingin menunjukkan bahawa anda juga boleh melakukan kerja ini sebagaimana yang telah saya lakukan iaitu dengan menggunakan perisian kecil ini.

Saya tidak mahu menunjukkan kaedah pengiraan melalui formula kerana ia memerlukan kefahaman yang mendalam dan meluas. Jadi, saya membuat keputusan untuk berkongsi dengan anda semua cara penggunaan perisian tersebut. Ini kerana data tersebut hanya perlu dimasukkan ke dalam sebuah "perisian" yang kecil, mudah dan senang untuk digunakan. Mari kita mulakan....

Perlulah diingatkan bahawa data rukyah yang diperlukan adalah pada tarikh ijtimak itu berlaku iaitu pada 29hb.

Sebelum saya pergi lebih jauh, perlu diketahui apakah yang dikatakan sebagai Ijtimak. Ijtimak berlaku apabila Bulan, Bumi dan Matahari berada di garisan atau longitud yang sama. Gambarajah ijtimak berlaku ditunjukkan di bawah :




Langkah mudah, adalah dengan mendapatkan koordinat tempat yang ingin dicerap (untuk melakukan cerapan Hilal) contohnya, jika anda ingin melakukan cerapan di Balai Cerap KUSZA, maka koordinatnya (nilai latitud dan longitud) ialah 5* 32' 10" dan 102* 56' 55". Boleh juga kita mengubah koordinat mengikut tempat yang dipilih sebagai tempat cerapan. Contohnya, saya ingin menjadikan Dungun sebagai tempat cerapan saya. Di mana koordinatnya ialah 4* 46' 00" dan 103* 25' 00".

Bagi semua koordinat ini boleh diperolehi melalui peta dari Jabatan Ukur dan Tanah Daerah ataupun anda boleh melayari Google Earth dan hanya menaip saja di mana lokasi yang anda ingin lakukan cerapan. Di bawah skrin akan memberikan kedudukan koordinat yang lebih tepat kepada anda. Sebagai contoh ;






Dan pada nilai yang ada pada saya ini, saya perolehinya ketika menghadiri Kursus Falak UDM 09/10 pada Mei 2009 baru-baru ini melalui pensyarah saya, En. Ahmad Taufan Abd. Rashid.


Seterusnya, anda diminta untuk membuka satu lagi tetingkap Web Browser anda dengan menaip Laman Sesawang Unit Falak Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) di bawah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam dengan memilih menu Kalkulator Posisi Hilal.

Sedikit pengenanalan mengenai Kalkulator Posisi Hilal ver. 2.2009. 
 
Kalkulator Posisi Hilal ver. 2.2009 ini adalah versi pertama tahun 2009 diterbitkan untuk kegunaan awam Malaysia. Hitungan menggunakan kaedah dalam buku Ilmu Falak tulisan Baharrudin bin Zainal terbitan DBP 2002. Sebagaimana yang dinyatakan oleh penulis buku tersebut, hitungan berkenaan merupakan hitungan berkejituan rendah namun sesuai untuk rujukan umum sahaja. Tambahan pula, Kalkulator Posisi Hilal bukan merupakan perisian rasmi pihak berkuasa yang terlibat dalam penyusunan takwim.
 

 
 Kalkulator ini melakukan hitungan secara berperingkat. Peringkat pertama (1) hitungan posisi hilal dibuat berdasarkan lokasi Tanjung Cincin, Langkawi, yang digunakan sebagai rujukan negara dalam menentukan kebolehnampakan hilal bagi penyusunan takwim. Syarat Imkanurrukyah (Malaysia) digunakan bagi menentukan tarikh awal bulan (1hb), yang membolehkan tarikh 29hb iaitu hari rukyah ditentukan.

Peringkat kedua (2) hitungan posisi hilal dilakukan berdasarkan lokasi pilihan pengguna, untuk membolehkan pengguna mengetahui posisi hilal dari lokasi mereka sendiri.

Peringkat ketiga (3) hitungan posisi hilal dilakukan untuk hari 30hb, apabila hitungan menunjukkan hilal tidak memenuhi syarat Imkanurrukyah pada hari 29hb bagi lokasi pilihan. Harap maklum bahawa bilangan hari ini bukan berasaskan lokasi rujukan negara. Justeru bilangan hari dipaparkan mungkin berbeza dengan takwim kebangsaan.

Grafik posisi bulan dan matahari turut dipaparkan untuk gambaran asas. Grafik tidak menggunakan skala yang tepat untuk penjimatan ruang paparan. Garisan putus-putus merujuk garis minimum kenampakan menurut kaedah yang diamalkan di Malaysia

Langkah-langkahnya :
 

 
 
 
 
 
Pertama : Sila pilih bulan Hijri yang ingin ditentukan. Jika Muharram 1431 H... pilih 1 (Muharram) dan tahun hijri 1431 H.





Kedua : Menaip lokasi di mana anda ingin melakukan cerapan. Sebagai contoh, saya tentukan bahawa Dungun, Terengganu adalah tempat cerapan.
Dan anda juga boleh meneruskan langkah berikut iaitu langkah yang terakhir dengan memasukkan koordinat tempat atau bandar tersebut.

Lalu, klik PAPAR. Lihat keputusannya :


 Paparan 1

 Paparan 2

 
Paparan 3


Paparan 4

Keempat-empat output yang dipamerkan kepada kita (saya membuat Print Screen sebanyak 4 kali) tersebut adalah lengkap, di mana pada Output 1 menunjukkan bahawa serba ringkas ataupun sinopsis mengenai data yang dimasukkan tadi. Di mana, ianya memaparkan bilakah waktu Matahari dan Bulan terbenam dan melalui data Matahari terbenam tersebut dapat diketahui bahawa kriteria-kriteria Imkanur Rukyah dipaparkan. Jadi, adakah hilal Muharram akan kelihatan? Segalanya terpapar pada Output 1 dan silalah merujuk kepada artikel yang telah saya uar-uarkan sebelum ini.
 
Di bawahnya pula menghadirkan kita mengenai data rukyah pada 30 Zulhijjah 1430 H. Ini bermakna, hilal pada 29 Zulhijjah 1430 H adalah tidak kelihatan tapi pada 30 Zulhijjah 1430 kelihatan dan memenuhi kriteria Imkanur Rukyah.  Lakaran tidak berksala tepat telah diilustrasikan dengan baik supaya anda dapat memahami dengan lebih baik lagi mengenai Posisi Hilal ini.

Pada Output 2 telah diterangkan dan dijelaskan pada tajuk pengenalan Kalkulator Posisi Hilal sebentar tadi. 

Sebenarnya, masih banyak lagi yang saya ingin berkongsi bersama anda mengenai pengiraan asas ilmu falak ini kerana ianya boleh dilakukan dengan kudrat anda sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Anda serba sedikit telah mendapat ilmu secara tidak langsung, benar bukan? InsyaALLAH, di masa akan datang, saya akan cuba mencai material lain untuk dikongsi lagi... Sekian, SELAMAT MENCUBA !!

Hujan Meteor Geminid 2009


Dipetik dari : Laman Sesawang NASA - Science@NASA
Penulis : Dr. Tony Philips


Dec. 8, 2009: Make hot cocoa. Bundle up. Tell your friends. The best meteor shower of 2009 is about to fall over North America on a long, cold December night.

"It's the Geminid meteor shower," says Bill Cooke of NASA's Meteoroid Environment Office. "and it will peak on Dec. 13th and 14th under ideal viewing conditions."

A new Moon will keep skies dark for a display that Cooke and others say could top 140 meteors per hour. According to the International Meteor Organization, maximum activity should occur around 12:10 a.m. EST (0510 UT) on Dec. 14th. The peak is broad, however, and the night sky will be rich with Geminids for many hours and perhaps even days around the maximum.
 
Right: A flurry of Geminids in Dec. 2008 recorded by an all-sky camera at the Marshall Space Flight Center. In the movie, note the circular halo that forms around the Moon as it arcs across the sky; that is caused by ice crystals in high clouds.


Cooke offers this advice: "Watch the sky during the hours around local midnight. For North Americans, this means Sunday night to Monday morning."


Researchers are interested to see what the Geminids do in 2009. The shower has been intensifying in recent decades and they wonder if the trend will continue.
 
Geminids are pieces of debris from a strange object called 3200 Phaethon. Long thought to be an asteroid, Phaethon is now classified as an extinct comet. It is, basically, the rocky skeleton of a comet that lost its ice after too many close encounters with the sun. Earth runs into a stream of debris from 3200 Phaethon every year in mid-December, causing meteors to fly from the constellation Gemini: sky map.


When the Geminids first appeared in the late 19th century, shortly before the US Civil War, the shower was weak and attracted little attention. There was no hint that it would ever become a major display. 


But now it has. "The Geminids are strong—and getting stronger," says Cooke, who has prepared a plot showing how the shower has intensified since its discovery:


 
What's going on? Jupiter's gravity has been acting on Phaethon's debris stream, causing it to shift more and more toward Earth's orbit. Each December brings a deeper plunge into the debris stream.


Meteor expert Peter Brown of the University of Western Ontario (UWO) says the trend could continue for some time to come. "Based on modeling of the debris done by Jim Jones in the UWO meteor group back in the 1980s, it is likely that Geminid activity will increase for the next few decades, perhaps getting 20% to 50% higher than current rates."

A 50% increase would boost the Geminids to 200 or more meteors per hour, year in and year out. "That would be an amazing annual display," says Cooke.

Moreover, says Brown, "the proportion of large, bright Geminids should also increase in the next few decades, according to Jones' model." So the Geminids could turn into a "fireball shower."

Brown cautions that "other models of the debris stream come to different conclusions, in some cases suggesting that Geminids will decrease in intensity in the coming decades. We understand little about the details of the formation and evolution of Phaethon's debris despite many years of efforts."

Recent trends favor a good show. Enjoy the Geminids!

Fenomena Sepanjang Disember/ Zulhijjah 1430 H

Hari semakin cepat berlalu. Dan kita juga semakin dimamah usia. Terasa cepat masa berlalu pergi meninggalkan kita dan sekarang berada di bulan Miladi ; Disember dan pada masa yang sama bulan Hijri juga di penghujung waktu ; Zulhijjah. Saya sempat melayari laman sesawang Makmal Fizik Angkasa Universiti Malaya (UM) yang dikawal selia penuh oleh Prof. Dr. Zambnri Zaimuddn di mana menempatkan senarai fenomen-fenomena yang bakal berlaku sepanjang Disember 2009.

Fenomena Astronomi
 
02 Dis - Bulan penuh
13 Dis - Hujan meteor Geminid
16 Dis - Cerapan hilal Muharram 1431 H
19 Dis - Planet Utarid berada 20.3o sebelah timur Matahari
22 Dis - Matahari berada pada kedudukan paling selatan Bumi
31 Dis - Bulan penuh (Gerhana Bulan Separa: 1:15 ~ 5:30 pagi) 


Yang paling menarik minat saya untuk mengkaji dan merangka untuk di paparkan melalui blog saya kelak ialah fenomena yang bakal berlaku pada 13hb Disember 2009 bersamaan 26 Zulhijjah 1430 H di mana Hujan Meteor Geminid bakal berlaku dan waktu kemuncak yang bakal kelihatan dengan lebih jelas adalah sekitar pada jam 4 pagi. Menarik bukan ??

Bagi Cerapan Hilal Muharram 1439 H, data rukyah telah ada pada saya sebenarnya namun ada beberapa lagi data yang saya dapati tidak lengkap dan memerlukan pemerhatian saya selanjutnya. Mungkin pada hari tersebut saya akan cuba post kan secara gambaran melalui simulasi dengan menggunakan perisian Stellarium 0.10 yang ada pada saya untuk paparan semua. (InsyaALLAH jika diberi kesempatan waktu untuk berbuat demikian).



Bagi fenomena Hujan Meteor Geminid, saya akan cuba untuk mendapatkan info-info dari mana-mana sumber yang dipercayai agar dapat dikongsi bersama anda semua, apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai Hujan Meteor Geminid ini..:-)

Badai Matahari 2012 - Kiamat 2012.. Benarkah ??

Sepanjang pulang ke kampung halaman di Kuala Lipis pada Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, membuatkan saya berasa sungguh kagum dengan perasaan ingin tahu yang ditonjolkan oleh sepupu saya yang sahaja berusia 9 tahun. Ini kerana, sebelum ini, dia hanyalah seorang budak yang hanya tahu bermain bersama sepupu-sepupu yang lain tatkala tiba musim cuti sekolah. Bila tiba musim cuti dan dapat bertemu di kampung (yang mana jarang sekali untuk bertemu - mungkin dalam 1 tahun ; 1 atau 2 kali sahaja) dengan ahli keluarga yang lain. 

Suatu pagi, dia menghampiri saya dengan menanyakan 1 soalan. Soalannya :
" ... Kak, akak dah tengok ke cerita 2012? Ebi dengar, cerita tu, cerita pasal hari kiamat.. betul ke? Kiamat 2012.. Orang Maya kata kiamat akan berlaku 2012.. "

Dia tahu bahawa saya ada sedikit ilmu pengetahuan mengenai sains astronomi dan ini memberikan dia peluang untuk mendalami pengetahuan yang tidak ada kepada ada melalui saya. Dengan tenang, saya menjawab seluruh persoalan yang diajukan. Sepupu-sepupu yang lebih kurang sebayanya turut sama mendengar penjelasan dan penerangan saya sebaiknya.. (macam cerita Riwayat Kamil pulak..:-D)

Tetapi saya hanya memberikan penerangan yang jelas, ringkas dan padat sahaja. Saya tidak menceritakan kepada mereka tentang fenomena Badai Matahari yang mana menjadi salah satu daripada kesan berlakunya kejadian-kejadian seperti tsunami, gempa bumi dan lain-lain yang dipaparkan menerusi filem 2012 tersebut.  Dan ianya menjadi salah satu percakapan orang bahawa Kiamat yang bakal berlaku 2012 akan menjadi nyata. Disebabkan tahap pemikiran kanak-kanak yang masih lagi berada di peringkat rendah, tidak mengizinkan saya untuk bercerita dengan lebih lanjut. Apakah itu elektron, neutron dan sebagainya. Ilmu sains mereka masih lagi belum mencapai sebegitu.



Namun, di sini saya akan menceritakan tentang serba sedikit mengenai Badai Matahari atau nama saintifiknya Corona Mass Ejection (CME)) dan adakah bahawa Kiamat 2012 akan berlaku?

Menurut Dr Thomas Djamaluddin ; seorang Pakar Antariksa dari National Institute of Aeronautics and Space (LAPAN), Indonesia dan beliau merupakan salah seorang ahli ICOP (Islamic Crescents' Observation Project) menyatakan bahawa Badai Matahari ini tidak menyebabkan Kiamat namun tetap mempengaruhi fenomena astronomi di sekelilingnya. Badai Matahari ini mempengaruhi secara tidak langsung kepada kehidupan manusia, kesannya adalah seperti gangguan signal radio sehingga menyebabkan jaringan komunikasi menjadi rosak dan tidak berfungsi. Fenomena ini merupakan suatu kemuncak aktiviti bagi Matahari yang mempunyai tempoh masa 11 tahun sekali dan pernah terjadi pada tahun 1979, 1989 dan 2000. Pada klimaks kejadian tersebut, bintik Matahari akan bertambah disebabkan oleh aktiviti magnetiknya dan bertambah mendadak sehingga mempengaruhi ruang angkasa planet lain. Ketika itu, frekuensi kejadian lontaran zarah betenaga tinggi dan pembebasan gelombang elektromagnetik berupa percikannya juga meningkat. 
 
Namun menurutnya, Badai Matahari merupakan sebahagian dari cuaca di angkasa yang mirip dengan cuaca di Bumi, yang membezakannya adalah sifatnya sahaja. Ia menjelaskan, Badai Matahari tidak mempengaruhi langsung pada manusia, namun tetap mempengaruhi unsur-unsur astronomi yang berada di sekitarnya. Gangguan yang perlu dicermati menurut beliau, hanya pada sistem teknologi yang ditempatkan di angkasa seperti satelit komunikasi dan navigasi serta sistem teknologi di Bumi yang terdedah terhadap kumpulan zarah energetik dari Matahari yang masuk ke Bumi melalui kutub. Bila terjadi Badai Matahari potensi bahaya hanyalah kemungkinan rosaknya atau terganggunya satelit yang mengakibatkan antara lain gangguan telefon, siaran televisyen yang memanfaatkan satelit, serta jaringan ATM.

Selain itu, navigasi pada sistem penerima Global Positioning System (GPS) frekuensi tunggal dan siaran radio gelombang pendek juga bakal terganggu akibat adanya gangguan ionosfera (Ionosfer adalah lapisan atmosfera Bumi yang terion oleh sinaran matahari, juga disebut angin matahari. Angin matahari ada kerana korona, yang merupakan lapisan terluar atmosfera matahari, sangat panas dan lebar. Kerana begitu luas, secara malar ion hidrogen dan helium, yang disebut angin matahari atau plasma, boleh meninggalkan graviti matahari. Angin matahari mengalir menjauh dari matahari dan menuju Bumi, di mana mempengaruhi Bumi Magnetosfera, ionosfera, dan medan magnet).

Dari laman sesawang Tempointeraktif,  menurut Thomas lagi, Badai Matahari itu baru menjadi persoalan jika ledakannya mengarah ke Bumi. Ketika itu, bukan hanya satelit yang mengangkasa di orbit bumi yang terganggu. Bumi pun mengalaminya.

".. Saat ledakan matahari mengarah ke Bumi, partikel (zarah) berenergi (bertenaga) tinggi yang ikut terlontar menyusup masuk bumi mengikuti arah medan magnet Bumi dari kutub utara dan menyebar memasuki atmosfer (atmosfera). Insiden (Kejadian) itu pernah dilaporkan pada saat siklus (kitaran) 22 pada 1989. Kala itu transformator (trafo) pembangkit listrik (penjanakuasa) di Quebec, Kanada, terbakar dan sesaat kemudian listrik (elektrik) yang memasok kebutuhan (memerlukan) 6 juta penduduk di sana padam (lenyap) selama 9 jam.."
 
Bukan itu sahaja bahkan penerbangan dan pelayaran yang mengandalikan satelit GPS sebagai sistem navigasi dengan menggunakan sistem manual ketika badai angkasa terjadi, ketika berlepas atau pendaratan pesawat. Ternyata banyak juga pengaruh yang boleh ditimbulkan oleh badai matahari. Jadi yang paling dikhuatiri oleh pemimpin mahupun para ahli dari badai matahari itu sebenarnya terganggunya frekuensi radio. Bagi orang awam, tentunya badai matahari dianggap sebagai api neraka yang akan hadir di Bumi dan akan membumihanguskan (menghancurkan) Bumi beserta isinya menjadi abu. Siapa yang tidak takut? Mungkin ada sebagian yang tidak takut tetapi tetap sahaja menjadikan kita resah.

Cuba kita lihat betapa bahayanya jika frekuensi radio terganggu, radio di sini bukanlah radio mendengarkan siaran berita atau lagu-lagu tetapi lebih kepada alat yang menggunakan konsep radio seperti handphone, wi-fi, GPS, BTS, dan lain-lain. Wah, bererti manusia tidak apa-apa? Tidak juga, disebabkan hampir semua manusia memakai alat berkonsepkan radio. Sekarang cuba lihat pernyataan berikut :

  • Siapa yang tidak geram jika singal handphone naik-turun yang menyebabkan 5 kali menelefon sudah putus.
  • Cuba lihat pesawat dan kapal menggunakan sistem navigasi manual, tidak lagi memakai GPS, tentu sahaja kadar kemalangan lebih tinggi dibandingkan dengan memakai GPS. Jadi hati-hati nanti apabila tahun 2011-2013 Anda berniat untuk menaiki pesawat.
  • Kita pernah lihat kan ada seperti kamera kecil di atas ATM? Itu tandanya ATM tersebut menggunakan frekuensi radio, mungkin menuju satelit atau apa pun saya kurang faham. Tetapi yang jelas kalau menggunakan frekuensi radio ATM tersebut terganggu juga. Jadi kalau mahu mengambil wang di ATM siap-siap saja menerima tulisan “ERROR” atau “ATM TIDAK DAPAT DIGUNAKAN UNTUK SEMENTARA”. Kesimpulannya, ambillah wang anda dari bank jauh-jauh hari dan letakkan di bawah bantal tidur atau dalam almari :cool:
  • Anda memakai wi-fi untuk internet? Jangan harap boleh menerima singal dengan baik tentu sahaja kerana frekuensinya terganggu, wi-fi memakai signal di 54GHz dan channel 20/40MHz, dengan ini kebebasan anda dalam berinternet akan terganggu.
  • Potensi ruang angkasa negara untuk mensasarkan ICBM/CBM pesawat Nuklear menjadi sangat kecil, tentu sahaja kerana ICBM/CBM menggunakan konsep radio dalam hal ini GPS untuk menonton ICBM jatuh meletup tepat pada sasaran. Kalau signal GPS sahaja terganggu? Silap-silap boleh mengarah ke negara sendiri maka habis la negara kita.. atau mungkin menyasar ke laut. Oleh itu, para negara pemilik ICBM/CBM tentunya berfikir berkali-kali jika ingin meluncurkannya pada tahun 2011-2013.
  • Hati-hati terhadap haiwan yang sensitif terhadap gangguan frekuensi seperti anjing dan kelawar, silap nanti ketika anda sedang berjalan-jalan di waktu petang, anda dikejar kelawar mabuk singal atau digigit anjing yang marah gara-gara signal.

Maka dengan itu, sama-samalah kita berdoa pada ALLAH S.W.T agar Badai Matahari ini tidak mengganu seluruh jiwa manusia. 

Sekian ...

sumber : http://aprillins.com/akibat-terjadinya-badai-matahari-2012