.. The Day After Tomorrow ..

Still there today for tomorrow?

Fenomena Langit

Gerhana bulan dan matahari -

Di pertengahan bulan Ramadhan 1423H iaitu pada 20 November 2002 bulan akan mengalami gerhana penumbra tetapi ia hanya dapat dilihat oleh penduduk di Eropah, Afrika dan Amerika. Kecerahan bulan akan berkurangan sedikit dari purnama yang biasa kerana bulan memasukki kawasan bayang penumbra bumi.

Manakala pada hujung Ramadhan ketika sedang sibuk membuat persiapan terakhir menyambut Syawal iaitu pada 4 Disember akan berlaku gerhana matahari penuh yang akan merentasi sebahagian Afrika dan Australia. Ia akan merentasi Angola, Zambia, Namibia, Bostwana, Zimbabwe, Afrika Selatan dan Mozambique. Laluan penuh berlaku di waktu pagi dengan tempoh penuhnya di antara 1 – 1.5 minit. Laluan ini akan merentasi lautan Hindi dan berakhir di Australia Selatan di Adelaide.

Hujan Meteor Leonid –

Hujan meteor Leonid dijangkakan akan akan berlaku pada 15 – 22 November dan kemuncak di jangka berlaku pada 19 November 2002. Tetapi yang menjadi penghalang ialah cahaya bulan kerana ketika puncaknya fasa bulan purnama. Meteor Leonid ini adalah peninggalan sisa dari komet 55P/Tempel-tuttle. Ia akan memasukki astmosfera bumi dengan kelajuan 71 km/j dan akan kelihatan satu coretan cahaya yang bergerak laju di langit. Cuba perhatikan langit berdekatan dengan buruj Leo. Cuba hitung berapa banyak coretan cahaya meteor yang dapat anda perhatikan dalam satu malam atau satu jam.

Selamat mencuba.


Mengenali Planet –

Bagi mereka yang baru hendak mengenali planet jangan lepaskan peluang menggunakan kesempatan malam –malam Ramadhan ketika sebelum bersahur perhatikan langit.

Planet Zuhal-

Pada 22 November (18 Ramadhan) tengah malam perhatikan di mana bulan. Pada malam ini bulan akan berdekatan lebih kurang 3 darjah utara dengan planet Zuhal. Ia merupakan planet kedua terbesar di dalam system suria. Jika dilihat dengan teleskop akan kelihatan gelangnya.

Planet Musytari -
Pada 26 November (22 Ramadhan) sebelum imsak perhatikan di mana bulan. Pada awal pagi ini bulan tegak di atas kepala akan berdekatan lebih kurang 4 darjah Utara planet musytari. Planet ini mudah dicamkan kerana ia terang. Anda akan lihat seperti bintang yang terang dan berdekatan dengan bulan. Ia adalah planet yang terbesar di dalam system suria.

Planet Marikh –
Pada 1 Disember (26 Ramadhan) sebelum imsak perhatikan di mana bulan. Pada awal pagi ini bulan masih lagi rendah di langit Timur. Bulan pada pagi ini berdekatan lebih kurang 2 darjah Utara planet Marikh. Planet ini kelihatan seperti bintang berwarna kemerah-merahan. Planet ini planet keempat jauhnya dari matahari dan salah satu jiran Bumi.



Sumber dari : Falak Al-Azim

Gerhana 1431 / 2010

Untuk tahun 1431, Malaysia amnya, dan Terengganu khususnya, berpeluang
menyaksikan tiga fenomena gerhana, 1 gerhana matahari, dan 2 gerhana
bulan.

1) Gerhana Bulan Malam 15 Muharram 1431 (31 Dis, Malam Jumaat 1 Jan 2010)

Jenis Gerhana : Separa (sebahagian)
Kadar Maksimum (Magnitude): 7%
Waktu Mula Peringkat Penumbra : 1.17 pagi (1 Jan)
Mula Peringkat Umbra : 2.52 pagi
Peringkat maksimum (7%) : 3.23 pagi
Akhir Peringkat Umbra : 3.52 pagi
Akhir Peringkat Penumbra : 5.28 pagi

* Penumbra adalah peringkat gerhana warna, secara mudah, gerhana bulan berlaku ketika purnama, bulan   yang sepatutnya kuning cemerlang, ketika penumbra, menjadi putih pudar, sebelum peringkat umbra, di mana bayang gelap mula kelihatan.

* Kadar tutupan (obscuration) adalah (untuk gerhana matahari) peratusan permukaan cakera matahari yang ditutup atau dilindungi oleh cakera bulan ketika fasa maksimum.

* Kadar magnitud gerhana merujuk (untuk gerhana matahari) peratusan diameter cakera matahari ditutup oleh cakera bulan ketika fasa maksimum, atau (untuk gerhana bulan) peratusan diameter bulan yang dilitupi oleh bayang penumbra/umbra bumi ketika fasa maksimum.


2) Gerhana Matahari Petang 29 Muharram 1431 (Jumaat 15 Januari 2010)

Jenis Gerhana : Separa (sebahagian)
Kadar Maksimum (Obscuration): Kuala Trg (31%) Kota Kinabalu (14%) J.Bahru (22%) Kangar
(39%) Kuala Lumpur (29%)
Waktu Mula Gerhana : (Kuala Terengganu) 15.06 (3.06 petang)
Peringkat Maksimum (31%) : 16.31 (4.31 petang)
Akhir Gerhana : 17.43 (5.43 petang)

3) Gerhana Bulan Malam 14 Rejab 1431 (26 Jun 2010 Sabtu Malam Ahad)

Jenis Gerhana : Separa
Kadar Maksimum (Magnitude): 54%
Waktu Mula Peringkat Penumbra : 16.57 (4.57 petang, 13 Rajab)
Mula Peringkat Umbra : 18.16 (6.16 petang, 13 Rajab)
Peringkat maksimum (54%) : 19.39 (7.39 malam, 14 Rajab)
Akhir Peringkat Umbra : 20.59 (8.59 malam, 14 Rajab)
Akhir Peringkat Penumbra : 22.19 (10.19 malam, 14 Rajab)

(Gerhana hanya boleh mula dilihat apabila bulan mula terbit, lebih kurang
pada waktu maghrib berdasarkan daerah/zon masing-masing. Menariknya, bulan terbit dalam keadaan sabit kerana gerhana sedang berlaku ketika itu)

sumber : laman Web Unit Falak Universiti Darul Iman Malaysia (UDM Kampus KUSZA)