
BATERI
- Elakkan daripada penggunaan bateri dan digalakkkan untuk menggunakan kuasa terus dari punca elektrik
- Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri
- Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter
- Pastikan bateri berada di bawah 10% sebelum dicas semula
- Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50%
PAPAN KEKUNCI
- Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk
- Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak
- Gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba
SKRIN LCD
- Lapkan skrin selalu kerana ia mudah dimasuki habuk
- Gunakan screen saver
- Power Management setkan pada "Turn Off Monitor in .. minutes"
- Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan
- Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan dead pixel
HABA PANAS
- Pastikan komputer riba anda mempunyai ruang untuk mengeluarkan haba panas
- Perlu diingat, komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil
SURGE PROTECTOR
- Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak
- Disyorkan untuk diguna bagi menjaga perkakasan dalaman komputer riba
- Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga pemacu cakera keras (HDD) dan punca kuasa (Power Supply)
PORT
- Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk
- Gunakan berus atau berus gigi lama
- Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan
0 comments:
Post a Comment