.. The Day After Tomorrow ..

Still there today for tomorrow?

Salam Aidiladha 1430 H

Salam Aidiladha kepada semua viewers blog ni.. Maaf segala silap dan salah.. dalam tempoh 4-5 hari ni aku tak dapat nak update dan post kan sebarang news ok? disebabkan aku berada di kampung berhari raya and internet services are not provided!! hehee...

Andai ada terkasar bahasa, ampun maaf dipinta.. mana tau kita tak dapat bertemu lagi... jodoh pertemuan di tangan ALLAH S.W.T.. huhu... Doakan semoga semua jemaah-jemaah haji kita di Tanah Suci selamat dan sejahtera dalam menjalankan ibadah dan pengabdian mereka kepada Yang Maha Esa.. (doa ini juga buat adikku tersayang yang juga sedang mengerjakan ibadah rukun Islam yang kelima serta buat pakcik dan makcik ku... Ameeennn..)

SALAM AIDILADHA 1430 H

Berdebar-debar menantikan Al-Debaran


Alhamdulillah... malam ni dapat jugak tengok buruj Taurus walaupun sekarang dalam keadaan hujan. Terasa dalam hati nak explore aje sky malam ni. Puas hati sebab dari tadi asyik duk berdebar aje.. rupa-rupanya.. "ada" yang sedang menunggu. huhu.. Ku bukak la Stellarium 0.10. Asyik duk explore, terjumpa dengan Al-Debaran.. patut la berdebar-debar sangat.. heheeh...  Korang tau ke tak Al-Debaran tu apa benda sebenarnya?? Meh sini aku nak bercerita..

Al-Debaran ialah datang dari perkataan Arab jugak.. satu kata nama (memang la wey... hehe) yang mana bintang yang paling terang bagi buruj Taurus.. Selain itu, Al-Debaran juga adalah suatu bintang merah besar pertama yang terletak di mata Taurus (lihat gambar) ; The Bull's Eye dan ia juga badalah bintang terang dalam kumpulan Hyades.

Barangsiapa yang lahir dalam bulan Taurus.. bangga la tu.. huhu.. Pada pengamatan aku tadi, bintang ni berada pada magnitud 0.85 dan kedudukannya sekarang adalah sejauh 65.11 tahun cahaya. Manakala altitud dan azimut 7343’ 16” / 639’ 60”...

Banyak lagi nak explore.. tapi sempat capture yang ni jek.. nanti ada lagi.. nantikan!!



Menetukan Arah Kiblat dengan menggunakan Google Earth

Kemajuan teknologi terkini sangat membantu kita bagi memudahkan aktiviti dalam kehidupan manusia dan manfaatnya dirasai seluruh umat manusia. Contohnya ; dengan kemunculan sebuah perisian (software) buatan Google iaitu Google Earth. Kini, dengan adanya Google Earth seolah-olah sfera Bumi boleh berada dalam genggaman tangan dan dalam monitor komputer kita. Saya dah menginstallkannya... korang bila lagi ?? :-)


Kemungkinan korang merasakan bahawa maklumat ini mungkin dah basi atau sudah diketahui  umum oleh masyarakat. Namun tak salah rasanya jika saya hendak menulisnya kembali. Mungkin ada di antara korang  belum pernah mengetahui software ini. 

Dengan Google Earth kita sebagai umat Islam boleh mengetahui dan memeriksa kembali apakah arah kiblat sembahyang kita sama ada sudah betul dan sesuai menghadap ke kiblat di Ka'bah yang terletak Masjidil Haram, Mekah, Arab Saudi. Sesuai dengan data GPS (Global Positining System) pada Google Earth, Ka'bah terletak pada posisi 21° 25' 21.07" U, 39° 49' 34.38" T. 


Sekarang saya hendak menguji ketepatan arah kiblat dari Masjid Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Saya cuba untuk dapatkan lokasi Masjid Pak Sabah di Dungun dan Masjid Kristal di Pulau Wan Man (yang suatu ketika dahulu menjadi isu hangat tentang arah kiblatnya TIDAK TEPAT!!) namun keadaan imej yang diberikan pada saya tidak begitu jelas dek kerana dilindungi oleh awan yang terlalu tebal dan terlindung. Sateliti Bumi tidak dapat memberikan imej yang terbaik kepada saya. Jadi, terpaksa mencari insiatif lain untuk menjejaki lokasi masjid yang agak jauh dari penempatan saya sekarang dan lokasi ini adalah berhampiran dengan kolej kediaman saya di Nilai. 

Dengan menggunakan Google Earth kita boleh mengetahui bahawa masjid ini terletak pada kedudukan 2° 49' 17.39" U, 101° 47' 15.48" T. (Nilai koordinat lokasi ini boleh dirujuk pada skrin bawah - dalam gambar rajah 1)

Gambar Rajah 1
Langkah-langkah pengujiannya adalah sebagai berikut:

1. Pastikan komputer korang telah menginstall software Google Earth. Jika belum korang boleh mendownloadnya disini. Dan, pastikan juga komputer korang memiliki akses internet yang cukup sehingga korang boleh rasa seronok tatkala menggunakan software ini nanti (kiranya.. tak tersekat-sekat laa... ). 

2. Setelah aplikasi tersebut dibuka, terus saja lakukan pencarian posisi terhadap masjid yang korang tentukan untuk diuji arah kiblatnya. Dalam kes ini adalah Masjid Bandar Baru Nilai (Msjid BBN), Nilai, Negeri Sembilan. Korang boleh melakukan pencarian manual atau korang juga boleh memasukkan posisi koordinatnya pada panel 'Search > Fly to' seperti pada gambar di bawah ini. Taip 2° 49' 14.33" U, 101° 47' 12.30" T dan tekan button Search. Maka anda akan dibawa terbang menuju ke lokasi berkenaan. Dan di panel 'Place' akan tersimpan lokasi pencarian sesuai dengan koordinat tersebut.

3. Setelah menemui lokasi yang telah korang tentukan tadi, maka tandakan lokasi tersebut dengan menu 'Add > Placemark' dan simpan (save). Pastikan nama lokasi tersebut muncul pada panel Place.

4. Ulangi langkah 2 dan 3 untuk mencari Ka'bah di Mekah dengan menaip 21° 25' 21.07" U, 39° 49' 34.38" T dan tekan button Search. Dan simpan (save) lokasi tersebut sehingga muncul pada panel Place. (Rajah di sebelah)

5. Pilih menu 'Tools > Ruler', lalu klik pada Ka'bah tadi sehingga akan ada titik pada Ka'bah dan sebuah garis lurus pada titik tersebut dengan cursor atau pointer yang bergerak sesuai dengan gerak mouse korang. Fungsinya adalah menentukan jarak lurus antara dua lokasi berbeza. Yang kita gunakan garis lurus tersebut antara Ka'bah sebagai kiblat solat umat Islam dengan masjid yang korang tentukan tadi.

6. Kemudian double klik pada nama lokasi masjid yang telah korang simpan (save) pada panel Place. Maka korang akan dibawa terbang menuju lokasi masjid tersebut.

7. Setelah sampai pada posisi masjid, kemudian klik pada masjid tersebut. Maka sebuah garis lurus akan nampak. Itu adalah garis lurus yang diambil dari lokasi di mana cursor atau pointer tersebut berada dengan posisi Ka'bah tadi. Garis tersebut boleh difahami sebagai arah kiblat menuju Ka'bah. Kita juga boleh melihat jarak lurus antara Ka'bah dengan masjid tersebut. Dari pengamatan saya jarak Ka'bah dengan Masjid BBN adalah sejauh 6,995.09 km.

Sesuaikah arah kiblat masjid yang korang tentukan tadi???
Selamat mencuba! Dengan Google Earth korang juga boleh melihat apakah posisi Tugu Khatulistiwa di Kota Pontianak berada tepat persis pada koordinat lintang 0°? Atau korang boleh juga mengetahui posisi koordinat rumah korang, universiti, kolej kediaman dan lain-lain ....





Mengenal Hilal dan Kenampakannya


Penentuan awal bulan Hijrah adalah berdasarkan kepada kenampakan anak bulan atau Hilal iaitu ketika Bulan, Matahari dan Bumi berada pada satu garis satah yang sama dan lurus atau juga dikatakan sebagai Ijtimak. Ketika Ijtimak berlaku, Bulan tidak dapat dilihat dari bumi, kerana permukaan Bulan yang kelihatan dari Bumi tidak mendapat sinar daripada Matahari, sehingga dikenali sebagai istilah Bulan Baru (Hilal). Pada petang pertama kali setelah ijtimak, Bulan terbenam ketika sesudah terbenamnya Matahari. Ijtimak merupakan panduan utama penetapan awal bulan dalam Kalender Hijrah.


Bagaimana hilal ditentukan? Hilal ditentukan menggunakan dua kaedah, iaitu Hisab dan Rukyah.
Hisab adalah menentukan posisi berdasarkan perhitungan, iaitu menghitung posisi Matahari dan Bulan pada Bumi. Posisi Bulan Baru penting kerana menjadi petanda kepada permulaaan penanggalan pada bulan yang baru (1hb Kalender Hijrah).
Rukyah pula adalah penentuan posisi Bulan Baru berdasarkan pencerapan, bermakna bulan sabit pertama kelihatan setelah Ijtimak. Ijtimak ialah pengakhiran bagi kitaran lama dan permulaan bagi kitaran baru. Keseluruhan permukaan bulan sebagai mana yang dilihat dari bumi adalah gelap kerana tiada cahaya yang dipantulkan dari matahari mengenai bumi.Rukyah dapat dilakukan dengan pencarapan. Rukyah dilakukan pada waktu terbenamnya Matahari, pertama kali setelah ijtimak (Pada waktu Bulan di ufuk Barat dan terbenam setelah terbenamnya Matahari). Apabila hilal kelihatan, maka pada waktu tersebut  memasuki tanggal 1hb. Tetapi boleh juga terjadi selang waktu ijtimak dengan terbenamnya Matahari terlalu pendek, sehingga secara teorinya, pancaran iluminasi atau pencahayaan cahaya Bulan tidak cukup teramati, kerana masih terlalu suram dibandingkan semburat cahaya sekitar (pendaran cahaya Matahari terbenam).

Rukyah dianggap penting kerana bersangkut paut dengan penentuan awal bulan dalam kalendar Hijrah, lagi-lagi dalam penentuan hari-hari ibadah, iaitu puasa dan haji serta hari-hari lebaran dalam Islam, berpandukan firman suci Allah s.w.t. dalam al-Quran:


Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: (Peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat haji.”2

Diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah mengajar cara-cara penentuan awal bulan menjelang Ramadan:


لا تصوموا حتى تروا الهلال ولا تفطروا حتى تروه فإن غم عليكم فاقدروا له

Maksudnya: “Janganlah kamu berpuasa (Ramadan) kecuali kerana melihat anak bulan dan janganlah kamu berbuka (Syawal) kecuali kerana melihatnya. Maka sekiranya berlaku kekaburan (cuaca mendung), maka tentukanlah ia menggunakan hitungan.”3



Kriteria bagi menentukan kenampakan Hilal bagi Malaysia ialah tertakluk kepada 3 syarat iaitu :

Pertama : 
Ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang daripada 2o (2 darjah)
 

dan

Kedua :
jarak lengkung bulan-matahari tidak kurang daripada 3o (3 darjah)


atau


Ketiga :
Ketika hilal terbenam, umur hilal tidak kurang daripada 8 jam (selepas ijtimak berlaku)


Jika syarat-syarat tersebut dipenuhi, maka wujud kebarangkalian bahawa anak bulan muncul di langit. Keadaan tersebut dipanggil imkanurrukyah (boleh nampak).

* Sumber dari motoha.blogspot.com dan iLuvislam.com

Imej Satelit Terkini pada Bumi



Sumber dari Jabatan Meteorologi Malaysia .. berdasarkan waktu 12:32 am pada 20 Disember 2009

Ribut Salji di Kuala Lumpur ???


Terkejut aku bila mana, terdengar berita di RTM.. mengatakan bahawa, ada ura-ura hebahan dari email yang tidak diketahui siapa penghantarnya... ribut salji bakal melanda ibu negara Malaysia (Kuala Lumpur)...  Namun, pihak Jabatan Meteorologi Malaysia menafikan hal tersebut... Aku terus terpana.. terpana bukannya takut akan berlakunya fenomena semikian tapi terpana kerana ada juga hebahan email sedemikian rupa yang cuba nak menimbulkan rasa tidak senang duduk di kalangan penduduk di Malaysia khususnya... Manakan boleh Malaysia mengalami ribut salji sedangkan kedudukan geografi kita adalah di garisan Khatulistiwa.. bukannya di garisan Jadi atau Sartan...

Selepas sahaja mendengar berita tersebut... lantas aku cuba mendapatkan info terkini yang lebih tepat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia.. Di dalam laman web rasmi JMM menyatakan bahawa ;




PENYEBARAN EMAIL BERKAITAN RIBUT SALJI YANG DIKATAKAN AKAN MELANDA KUALA LUMPUR PADA 20 NOVEMBER 2009: TIADA RIBUT SALJI AKAN BERLAKU
 
Sejak awal November 2009, email telah disebarkan secara meluas berkenaan jangkaan bahawa ribut salji akan melanda Kuala Lumpur (KL) pada 20 November 2009. Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) ingin memaklumkan bahawa maklumat yang dinyatakan di dalam email tersebut adalah tidak benar. Ribut salji tidak berlaku di Malaysia yang terletak di kawasan tropika. Ianya berlaku di negara-negara yang beriklim sederhana. Ketika ini, luruan angin monsun sedang berlaku di negara kita. Luruan angin monsun ini adalah berbeza sama sekali dengan kejadian ribut salji. Luruan angin monsun ini boleh menyebabkan hujan lebat untuk beberapa hari akan datang terutamanya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung seperti Kelantan dan Terengganu. Pada masa yang sama, hujan lebat turut dijangka berlaku di utara Perak, Kedah dan Perlis. Sekali lagi, JMM ingin menekankan bahawa tiada ribut salji akan berlaku pada 20 November. Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai khabar angin berkenaan yang tidak mempunyai bukti dan asas saintifik. JMM memantau cuaca di negara kita dengan rapi dan untuk mendapatkan ramalan keadaan cuaca, orang ramai boleh menghubungi Pusat Ramalan Cuaca JMM di talian 03-79678116 atau melawat laman web rasmi kami di http://www.met.gov.my

Jabatan Meteorologi Malaysia
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
18 November 2009


JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
(MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT)
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
(MINISTRY OF SCIENCE, TECHNOLOGY & INNOVATION)
Jalan Sultan, 46667 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: 603-79678000
Faks: 603-79550964
E-mel: mmd@met.gov.my
http://www.met.gov.my

Kursus Penentuan Awal Bulan Hijrah

Tarikh : 25hb dan 26hb Zulhijjah bersamaan 12hb dan 13hb Disember 2009 
Tempat : Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka
Anjuran : Persatuan Falak Syari'e Malaysia (PFSM)

Objektif :
1-   Memberi kefahaman dan pengetahuan mengenai penentuan awal bulan Hijrah
2-   Memperjelaskan isu-isu yang berkaitan dengan rukyah dan hilal
3-   Memberi kemahiran berhubung penentuan awal bulan Hijrah dan cerapan Hilal

Sasaran Peserta :
1-   Ahli Persatuan Falak Syarie Malaysia (FPSM)
2-   Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT)
3-   Kakitangan Jabatan Mufti Negeri
4-   Kakitangan ANGKASA, MOSTI, JAKIM, Planetarium dll

Keistimewaan / Kandungan :
1-   Nota / Fail / Pen
2-   Sijil Penyertaan
3-   Kulliyah Subuh
4-   Praktikal - Cerapan Hilal, planet dan cakerawala (Sesi Soal Jawab)
(Peserta perlu membawa kalkulator saintifik dan komputer riba sendiri)

Yuran Pendaftaran :
RM 70 (Ahli) dan RM 110 (Bukan Ahli / Jabatan Kerajaan)
* Termasuk penginapan dan makanan
* Maklumat lanjut layari Persatuan Falak Syari'e Malaysia (PFSM)



Maklumat Yang Al-Quran Berikan Tentang Alam Semesta Ini


Al-Quran adalah kitab suci Allah yang diturunkan kepada manusia. Ia memberikan maklumat-maklumat paling teliti di dalam semua isu. Kerana setiap ayat Al-Quran adalah Kalam Allah Yang Maha Kuasa. Tetapi, zaman ketika Al-Quran diturunkan, sains dan teknologi tidak secanggih hari ini. Oleh itu, tiada siapa dapat menjalankan kajian tentang maklumat-maklumat yang ada di dalam Al-Quran. Bagaimanapun, hari ini, terdapat kemajuan yang hebat di dalam sains dan teknologi. Hampir semua perkembangan di dalam sains adalah selaras dengan maklumat-maklumat yang Al-Quran berikan. Contohnya, Al-Quran memberitahu kita langit dan Bumi asalnya bersatu, tetapi Allah telah memisahkannya. Di dalam Al-Quran, fakta saintifik ini digambarkan seperti berikut:



Maksudnya :
30.  Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, Kemudian kami pisahkan antara keduanya. dan dari air kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?


  (Surah Al-Anbiyaa':30)
Mari kita kaji ayat ini bersama:
  • Perkataan langit bererti semua yang berada di angkasa.
  • Kenyataan "langit dan Bumi itu pada asal mulanya bercantum", menggambarkan semua benda di cakerawala ini asalnya bercantum.
Akhirnya, kenyataan, "Kami pisahkan antara keduanya", menunjukkan bahawa cakerawala ini telah berpecah menjadi serpihan-serpihan disebabkan oleh letupan tersebut.
Contoh ini membuktikan dua fakta penting:
  • Al-Quran adalah kitab yang diturunkan Allah,
  • Maklumat yang diberikan Al-Quran adalah maklumat yang paling tepat. Kerana Allah, Pencipta seluruh alam ini, telah menurunkan Al-Quran, sudah tentu Dia mengetahui apa yang telah dijadikan-Nya.
Di dalam bab ini, kita melihat Allah mencipta seluruh alam ini daripada ketiadaan. Sekarang mari kita mulakan satu perjalanan melalui cakerawala ini, yang menunjukkan kekuasaan dan kebijaksanaan Allah.



*dipetik dari laman web Harun Yahya



2012, December 21st 2012 and The End of The Day ???



12hb November baru-baru ini, saya ke Serdang (The Mines) bersama sahabat saya (Wan Atiqah) untuk bertemu dengan sahabat lama kami ; Azeeha dan Kimi ketika masih lagi menuntut di UDM suatu ketika dulu. Sekarang dia menuntut di UPM Serdang..Kami bercadang untuk habiskan masa bersama untuk menonton wayang 2012 : We Were Warned ... Alhamdulillah, habis sahaja menonton movie tu, saya betul-betul enjoy dan berpuas hati... 

 Plot movie ni menceritakan tentang bagaimana bencana global yang bakal membawa kepada kemusnahan dunia yang bakal berakhir dan beberapa usaha-usaha menyelamatkan diri bagi membolehkan perjuangan hidup di Bumi ini diteruskan... Pakar filem bencana yang pernah mengarah filem (The Independence Day dan The Day After Tomorrow) juga mengekalkan unsur sci-fi thriller dalam cerita ini... menceritakan bagaimana kepercayaan Masyarakat Maya Kuno yang mengatakan bahawa dunia ini akan musnah dan berakhir pada 21 Disember 2012. Sejak pada itu, ahli astrologi (lebih kurang cam ahli nujum laa... pak belalang tu.. hehhee...) mengatakan bahawa Bumi ini sudah terlalu lambat untuk diselamatkan, bahkan para saintis pun tik boleh  nak menolak kebarangkalian bencana yang bakal menimpa Bumi pada tahun tersebut... 

Pelbagai usaha dijalankan bagi memikirkan cara dan ikhtiar bagi menyelamatkan seramai 6 million manusia di Bumi ini.. dengan cara membina sebuah tempat rahsia di Tibet, Tanah Besar China di mana di situlah tersimpannya sebanyak 7 bahtera besar yang boleh menyelamatkan 6 million manusia... Namun, bukan semua bahtera tersebut selamat, hanya 3 bahtera sahaja... (lihat bagaimana diorang survive untuk meneruskan hidup). Unsur persahabatan amat dititikberatkan apabila Jackson Curtis berasa terkilan dan amat bersalah tatkala tak dapat nak menyelamatkan sahabat karibnya yang berada di India ; yang telah banyak membantu dalam menjalankan research bersama.. Curtis telah menghantar sebuah kapal untuk penduduk di sekitar India menyelamatkan diri... Namun, kapal tersebut tidak tiba sehinggalah berlaku gelombang ombak besar yang amat dahsyat menimpa mereka... Bibit percintaan dijelmakan pada klimaks cerita ; Curtis jatuh cinta pada anak Presiden (lupe laa name pe... heheh) yang mana Presiden mentaklifkan misi ini kepada mereka berdua untuk saling bekerjasama... dan dikekalkan perasaan cinta ini sehinggalah ke akhir cerita...

Nak cerita pun, banyak lagi... Plot cerita, memang disusun dengan baik sekali... sound effect dan visual memberi impak yang cukup baik kepada viewers.. Saya sendiri pun, terasa seperti berada di tempat tersebut... Visual letika tsunami melanda, bangunan runtuh, rekahan di permukaan Bumi, rekahan dan pecahan bongkah ais di Kutub.. amat berkesan!!! Memang best movie ni.. Sempat lagi kalau korang nak tengok... sebelum orang lain masuk panggung nak tengok Senario 2 : the Beach Boy... hehehehehe....




Transformasi "Dunia Falak" Bermula



Salam Ungkapan Terindah buat viewers yang baru menjejakkan kaki mereka ke blog saya.. terima kasih yang tak terhingga diucapkan.. Berlaki sedikit transformasi terhadap blog saya pada kali ini... Jika bukan kerana bermulanya cuti semester, tak akan berlakulah ini semua... saya mengharapkan yang terbaik dari anda semua bagi menyokong saya dalam menyampaikan dakwah saya menerusi bidang falak (astronomi) ini dengan jayanya... Diharapkan dapat memberi bimbingan, kritikan dan idea yang bernas dari kalian... Salam Menjelajah Falak bersama saya ... Salam


Taburan Hujan Harian

Di Pantai Timur Semenanjung cuaca pada keseluruhannya adalah berada pada zon atau tahap kuning .. Heavy Rain Advisory (Yellow Stage) ... Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), keadaan ini boleh menyebabkan kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah berdekatan tebing-tebing sungai akan mengalami banjir... nasihat ini telah dikemaskinikan pada jam 01:45 petang, 15 November 2009 bersamaan 27 Zulkaedah 1430 H ...  yang mana hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang meliputi kawasan di negeri-negeri Pantai Timur ; Pahang, Kelantan dan Terengganu ...

Taburan Hujan Harian yang dikeluarkan JMM dari 0800 pagi semalam hingga 0800 pagi hari ini menunjukkan bahawa Kuala Terengganu menunjukkan taburan hujan tertinggi iaitu 74.0 mm di mana berpusat di stesen ID 48618 ...



Stesen ID
Stesen
Jumlah Hujan Harian (mm)
48603
ALOR SETAR
27.0
48642
BATU EMBUN
0.0
48670
BATU PAHAT
0.0
48601
BAYAN LEPAS
10.0
96441
BINTULU
0.2
96315
BRUNEI AIRPORT
18.0
48602
BUTTERWORTH
26.0
48632
CAMERON HIGHLANDS
3.0
48604
CHUPING
52.0
48617
GONG KEDAK
31.0
48625
IPOH
7.0
96420
KAPIT
5.0
48672
KLUANG
0.0
48615
KOTA BHARU
47.0
96471
KOTA KINABALU
2.0
48616
KUALA KRAI
18.0
48618
KUALA TERENGGANU
74.0
48657
KUANTAN
2.0
96413
KUCHING
7.0
96477
KUDAT
6.0
96465
LABUAN
20.0
48600
LANGKAWI
38.0
96450
LIMBANG
20.0
48623
LUBOK MERBAU
36.0
48665
MELAKA
6.0
48674
MERSING
Trace
96449
MIRI
1.0
48649
MUADZAM SHAH
Trace
48648
PETALING JAYA
13.0
41529
PRAI
2.0
96491
SANDAKAN
46.0
48679
SENAI
0.2
48650
SEPANG (KLIA)
Trace
96421
SIBU
6.0
48698
SINGAPORE/CHANGI
3.0
48620
SITIAWAN
42.0
96418
SRI AMAN
43.0
48647
SUBANG
23.0
96481
TAWAU
0.8
48653
TEMERLOH
0.4


* sumber dari Jabatan Meteorologi Malaysia

Rajah dari Google Earth

Keadaan cuaca di Malaysia terutamanya di tanah Semenanjung Malaysia...
 


Difokuskan lagi di sekitar Terengganu.. Dungun di mana sekarang baru sahaj reda dari hujan lebat .. Kedudukan Dungun adalah pada 4' 45" 23" Utara dan 103' 23" 58" Timur ... Tak nampak sangat kedudukannya disebabkan awan tebal ...