Al-Quran adalah kitab suci Allah yang diturunkan kepada manusia. Ia memberikan maklumat-maklumat paling teliti di dalam semua isu. Kerana setiap ayat Al-Quran adalah Kalam Allah Yang Maha Kuasa. Tetapi, zaman ketika Al-Quran diturunkan, sains dan teknologi tidak secanggih hari ini. Oleh itu, tiada siapa dapat menjalankan kajian tentang maklumat-maklumat yang ada di dalam Al-Quran. Bagaimanapun, hari ini, terdapat kemajuan yang hebat di dalam sains dan teknologi. Hampir semua perkembangan di dalam sains adalah selaras dengan maklumat-maklumat yang Al-Quran berikan. Contohnya, Al-Quran memberitahu kita langit dan Bumi asalnya bersatu, tetapi Allah telah memisahkannya. Di dalam Al-Quran, fakta saintifik ini digambarkan seperti berikut:
Maksudnya :
30. Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, Kemudian kami pisahkan antara keduanya. dan dari air kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?
(Surah Al-Anbiyaa':30)
Mari kita kaji ayat ini bersama:
Contoh ini membuktikan dua fakta penting:
*dipetik dari laman web Harun Yahya
- Perkataan langit bererti semua yang berada di angkasa.
- Kenyataan "langit dan Bumi itu pada asal mulanya bercantum", menggambarkan semua benda di cakerawala ini asalnya bercantum.
Contoh ini membuktikan dua fakta penting:
- Al-Quran adalah kitab yang diturunkan Allah,
- Maklumat yang diberikan Al-Quran adalah maklumat yang paling tepat. Kerana Allah, Pencipta seluruh alam ini, telah menurunkan Al-Quran, sudah tentu Dia mengetahui apa yang telah dijadikan-Nya.
*dipetik dari laman web Harun Yahya
0 comments:
Post a Comment