.. The Day After Tomorrow ..

Still there today for tomorrow?

Fenomena Langit

Gerhana bulan dan matahari -

Di pertengahan bulan Ramadhan 1423H iaitu pada 20 November 2002 bulan akan mengalami gerhana penumbra tetapi ia hanya dapat dilihat oleh penduduk di Eropah, Afrika dan Amerika. Kecerahan bulan akan berkurangan sedikit dari purnama yang biasa kerana bulan memasukki kawasan bayang penumbra bumi.

Manakala pada hujung Ramadhan ketika sedang sibuk membuat persiapan terakhir menyambut Syawal iaitu pada 4 Disember akan berlaku gerhana matahari penuh yang akan merentasi sebahagian Afrika dan Australia. Ia akan merentasi Angola, Zambia, Namibia, Bostwana, Zimbabwe, Afrika Selatan dan Mozambique. Laluan penuh berlaku di waktu pagi dengan tempoh penuhnya di antara 1 – 1.5 minit. Laluan ini akan merentasi lautan Hindi dan berakhir di Australia Selatan di Adelaide.

Hujan Meteor Leonid –

Hujan meteor Leonid dijangkakan akan akan berlaku pada 15 – 22 November dan kemuncak di jangka berlaku pada 19 November 2002. Tetapi yang menjadi penghalang ialah cahaya bulan kerana ketika puncaknya fasa bulan purnama. Meteor Leonid ini adalah peninggalan sisa dari komet 55P/Tempel-tuttle. Ia akan memasukki astmosfera bumi dengan kelajuan 71 km/j dan akan kelihatan satu coretan cahaya yang bergerak laju di langit. Cuba perhatikan langit berdekatan dengan buruj Leo. Cuba hitung berapa banyak coretan cahaya meteor yang dapat anda perhatikan dalam satu malam atau satu jam.

Selamat mencuba.


Mengenali Planet –

Bagi mereka yang baru hendak mengenali planet jangan lepaskan peluang menggunakan kesempatan malam –malam Ramadhan ketika sebelum bersahur perhatikan langit.

Planet Zuhal-

Pada 22 November (18 Ramadhan) tengah malam perhatikan di mana bulan. Pada malam ini bulan akan berdekatan lebih kurang 3 darjah utara dengan planet Zuhal. Ia merupakan planet kedua terbesar di dalam system suria. Jika dilihat dengan teleskop akan kelihatan gelangnya.

Planet Musytari -
Pada 26 November (22 Ramadhan) sebelum imsak perhatikan di mana bulan. Pada awal pagi ini bulan tegak di atas kepala akan berdekatan lebih kurang 4 darjah Utara planet musytari. Planet ini mudah dicamkan kerana ia terang. Anda akan lihat seperti bintang yang terang dan berdekatan dengan bulan. Ia adalah planet yang terbesar di dalam system suria.

Planet Marikh –
Pada 1 Disember (26 Ramadhan) sebelum imsak perhatikan di mana bulan. Pada awal pagi ini bulan masih lagi rendah di langit Timur. Bulan pada pagi ini berdekatan lebih kurang 2 darjah Utara planet Marikh. Planet ini kelihatan seperti bintang berwarna kemerah-merahan. Planet ini planet keempat jauhnya dari matahari dan salah satu jiran Bumi.



Sumber dari : Falak Al-Azim