.. The Day After Tomorrow ..

Still there today for tomorrow?

Ilmu Falak vs Astronomi

Pastinya, korang still lagi tak dapat nak memahami atau ada yang dah tau tapi masih lagi samar-samar mengenai falak kan ? Falak dan Astronomi... adakah ianya sama atau berbeza ? Andai ada perbezaan.. dari sudut manakah perbezaan tersebut dapat dilihat ? Di sini, saya sertakan maskud Ilmu Falak secara mendalam dan lebih terperinci yang dipetik dari Buku Pengenalan Ilmu Falak, Baharrudin Zainal, DBP 2002 :

  • Ilmu Falak adalah salah satu cabang sains tabie (tulen).
  • Ilmu yang mengkaji perjalanan badan-badan cakerawala seperti bumi, bulan, matahari dan bintang-bintang.
  • 'Falak' dari bahasa Sumerian 'pilak' bermaksud sesuatu yang berputar.
  • Dalam bahasa latin, astronomi - ilmu mengenai bintang.
  • Hartmann 1987 : sains yang mengkaji objek-objek di angkasa.
  • Al-Quran : benda yang beredar di langit - surah Yasin:40 dan Al-Anbiya:33.
  • Al-Biruni : sesuatu yang saling bertukaran.
  • Ikhwan as-Shafa : ilmu yang mengkaji tentang tatasuria, menghitung jumlah bintang, mengukur pembahagian gugusan-gugusan bintan, jarak, saiz dan pergerakan badan-badan cakerawala serta mengetahui segala sesuatu yang berhubungan dengannya.
  • Ibn Khaldun : ilmu yang mempelajari tentang pergerakan tetap bintang-bintang, sama ada yang bergerak atau berpusing. Gerakan-gerakan tersebut boleh diketahui melalui cerapan atau hitungan. Ilmu hitungan pula hendaklah berdasarkan kepada pengetahuan tentang ciri-ciri pergerakan dan kedudukannya.



Definisi di atas jelas menunjukkan bahawa Ilmu Falak adalah Astronomi.

0 comments:

Post a Comment