.. The Day After Tomorrow ..

Still there today for tomorrow?

Sains Memantapkan Kefahaman Quran

Aku nak berkongsi ngan korang isi kandungan daripada hasil telaah aku dari buku yang bertajuk "Quran Saintifik : Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains" yang dikarang oleh Dr. Danial Zainal Abidin. Buku ni dah dapar award The National Bestseller ..!! huhu.. memang tak rugi kalau korang beli dan baca... Aku dah mengalaminya... Antara tajuk yang menarik minat aku untuk post ke dalam blog ni ialah :

Menurut Dr. Danial Zainal Abidin ;

" Semasa mentafsir ayat-ayat tertentu, kadangkala ulama berijtihad dengan mengutarakan pandangan mereka sendiri bertujuan bagi memperincikan maksud ayat. Ada kalanya pandangan mereka ini tidak selari malah kadangkala bercanggah dengan penemuan semasa.

Hal ini berlaku disebabkan terdapat perkataan-perkataan Arab yang mempunyai pelbagai maksud. Sebagai contoh, semasa menerangkan mengenai pembatalan wudhuk, Allah menetapkan salah satu cara daripada perkataan yang membatalkan wudhuk itu adalah sentuhan lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Dalam ayat surah An-Nisa' ayat 43, Allah menggunakan perkataan laamastum. Laamastum mempunyai dua maksud iaitu bersentuhan dan persetubuhan. Justeru segolongan ulama menghukumkan wudhuk seseorang adalah batal sekiranya berlaku sentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan segolongan yang lain menetapkan wudhuk itu hanya batal apabila berlaku persetubuhan dan begitulah seterusnya.

Demikian juga dengan ayat-ayat yang berkaitan dengan alam. Salah satu contoh yang menarik adalah ayat 5 hingga 7 dalam surah A-Taariq yang bermaksud :

"Maka hendaklah manusia memeperhatikan daripada apa dia ciptakan? Dia ciptakan daripada air yang terpancar yang keluar antara sulbi dan taraib,"

Ayat ini melahirkan pelbagai pendapat di kalangan ulama. Ramai ulama mentafsirkan sulbi sebagai tulang belakang lelaki. Berhubung dengan perkataan taraib pula, terdapat pentafsir Quran yang mentafsirkannya sebagai tulang dada wanita. Dalam Al-Jami' li Ahkamil Quran, Imam Qartubi melaporkan pandangan Imam Qatadah yang berkata :

"(Air mani) terbit antara tulang belakang lelaki dan tulang dada wanita,"


Kisah selanjutnya di dalam buku terbitan PTS Millennia...:-)

0 comments:

Post a Comment