.. The Day After Tomorrow ..

Still there today for tomorrow?

SEMINAR BULANAN ETNOMATEMATIK RUMPUN MELAYU SIRI 3/2009


PENGENALAN

Etnomatematik ialah matematik yang mengambil kira budaya di mana matematik itu berkembang. Menurut Maria (1999), etnomatematik merupakan kaedah untuk menjelaskan atau memikirkan matematik dalam budaya dan mikro budaya di mana ahli-ahlinya berhubungan antara satu sama lain dengan menggunakan komunikasi biasa. Manakala Shaharir (2002) pula mendefinisikan etnomatematik Melayu sebagai matematik tinggalan tamadun Melayu yang diajar, diucap, diujar, ditulis, dipakai dan dibaca dalam bahasa Melayu dan mengikut nilai Melayu. Untuk menjelaskan pula tafsiran matematik Melayu pula, kupasan oleh Shaharir (2001) lebih menyeluruh;

Matematik yang mengikut persepsi rumpun Melayu, termasuklah matematik yang diubahsuai kegunaan, konsep dan teorinya mengikut budaya Melayu yang luas, termasuk cara hidup, nilai, kepercayaan, ideologi, agama dan sebagainya …

Justeru, terdapat banyak khazanah ilmu Melayu yang perlu diterokai dan dipersembahkan kepada khalayak. Sehubungan dengan itu Kumpulan Penyelidikan Etnomatematik Rumpun Melayu (KuPELEMA) yang bernaung di bawah Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), UPM dengan kerjasama ASASI akan meneruskan Seminar Etnomatematik Rumpun Melayu Siri 3/2009, sebagaimana berikut;


Masa : 8:30 pagi-5:00 petang
Tarikh : 18 November 2009
Tempat : Bilik Mesyuarat Jabatan Matematik, Fakulti Sains, UPM
Sasaran : Mahasiswa, Tutor, Pensyarah, Penyelidik dan mereka yang berminat


Untuk mereka yang berminat, bolehlah menghubungi Pn. Nur Sumirah Mohd Dom di talian 03-8946 8459 atau melalui email n_sumirah@putra.upm.edu.my


Maklumat Lanjut, klik di sini


0 comments:

Post a Comment