.. The Day After Tomorrow ..

Still there today for tomorrow?

Tip Penjagaan Komputer Riba (Laptop)



BATERI
  • Elakkan daripada penggunaan bateri dan digalakkkan untuk menggunakan kuasa terus dari punca elektrik
  • Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri
  • Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter
  • Pastikan bateri berada di bawah 10% sebelum dicas semula
  • Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50%

PAPAN KEKUNCI
  • Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk
  • Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak
  • Gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba

SKRIN LCD
  • Lapkan skrin selalu kerana ia mudah dimasuki habuk
  • Gunakan screen saver
  • Power Management setkan pada "Turn Off Monitor in .. minutes"
  • Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan
  • Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan dead pixel

HABA PANAS
  • Pastikan komputer riba anda mempunyai ruang untuk mengeluarkan haba panas
  • Perlu diingat, komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil

SURGE PROTECTOR
  • Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak
  • Disyorkan untuk diguna bagi menjaga perkakasan dalaman komputer riba
  • Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga pemacu cakera keras (HDD) dan punca kuasa (Power Supply)

PORT
  • Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk
  • Gunakan berus atau berus gigi lama
  • Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan

0 comments:

Post a Comment