.. The Day After Tomorrow ..

Still there today for tomorrow?

Menetukan Arah Kiblat dengan menggunakan Google Earth

Kemajuan teknologi terkini sangat membantu kita bagi memudahkan aktiviti dalam kehidupan manusia dan manfaatnya dirasai seluruh umat manusia. Contohnya ; dengan kemunculan sebuah perisian (software) buatan Google iaitu Google Earth. Kini, dengan adanya Google Earth seolah-olah sfera Bumi boleh berada dalam genggaman tangan dan dalam monitor komputer kita. Saya dah menginstallkannya... korang bila lagi ?? :-)


Kemungkinan korang merasakan bahawa maklumat ini mungkin dah basi atau sudah diketahui  umum oleh masyarakat. Namun tak salah rasanya jika saya hendak menulisnya kembali. Mungkin ada di antara korang  belum pernah mengetahui software ini. 

Dengan Google Earth kita sebagai umat Islam boleh mengetahui dan memeriksa kembali apakah arah kiblat sembahyang kita sama ada sudah betul dan sesuai menghadap ke kiblat di Ka'bah yang terletak Masjidil Haram, Mekah, Arab Saudi. Sesuai dengan data GPS (Global Positining System) pada Google Earth, Ka'bah terletak pada posisi 21° 25' 21.07" U, 39° 49' 34.38" T. 


Sekarang saya hendak menguji ketepatan arah kiblat dari Masjid Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Saya cuba untuk dapatkan lokasi Masjid Pak Sabah di Dungun dan Masjid Kristal di Pulau Wan Man (yang suatu ketika dahulu menjadi isu hangat tentang arah kiblatnya TIDAK TEPAT!!) namun keadaan imej yang diberikan pada saya tidak begitu jelas dek kerana dilindungi oleh awan yang terlalu tebal dan terlindung. Sateliti Bumi tidak dapat memberikan imej yang terbaik kepada saya. Jadi, terpaksa mencari insiatif lain untuk menjejaki lokasi masjid yang agak jauh dari penempatan saya sekarang dan lokasi ini adalah berhampiran dengan kolej kediaman saya di Nilai. 

Dengan menggunakan Google Earth kita boleh mengetahui bahawa masjid ini terletak pada kedudukan 2° 49' 17.39" U, 101° 47' 15.48" T. (Nilai koordinat lokasi ini boleh dirujuk pada skrin bawah - dalam gambar rajah 1)

Gambar Rajah 1
Langkah-langkah pengujiannya adalah sebagai berikut:

1. Pastikan komputer korang telah menginstall software Google Earth. Jika belum korang boleh mendownloadnya disini. Dan, pastikan juga komputer korang memiliki akses internet yang cukup sehingga korang boleh rasa seronok tatkala menggunakan software ini nanti (kiranya.. tak tersekat-sekat laa... ). 

2. Setelah aplikasi tersebut dibuka, terus saja lakukan pencarian posisi terhadap masjid yang korang tentukan untuk diuji arah kiblatnya. Dalam kes ini adalah Masjid Bandar Baru Nilai (Msjid BBN), Nilai, Negeri Sembilan. Korang boleh melakukan pencarian manual atau korang juga boleh memasukkan posisi koordinatnya pada panel 'Search > Fly to' seperti pada gambar di bawah ini. Taip 2° 49' 14.33" U, 101° 47' 12.30" T dan tekan button Search. Maka anda akan dibawa terbang menuju ke lokasi berkenaan. Dan di panel 'Place' akan tersimpan lokasi pencarian sesuai dengan koordinat tersebut.

3. Setelah menemui lokasi yang telah korang tentukan tadi, maka tandakan lokasi tersebut dengan menu 'Add > Placemark' dan simpan (save). Pastikan nama lokasi tersebut muncul pada panel Place.

4. Ulangi langkah 2 dan 3 untuk mencari Ka'bah di Mekah dengan menaip 21° 25' 21.07" U, 39° 49' 34.38" T dan tekan button Search. Dan simpan (save) lokasi tersebut sehingga muncul pada panel Place. (Rajah di sebelah)

5. Pilih menu 'Tools > Ruler', lalu klik pada Ka'bah tadi sehingga akan ada titik pada Ka'bah dan sebuah garis lurus pada titik tersebut dengan cursor atau pointer yang bergerak sesuai dengan gerak mouse korang. Fungsinya adalah menentukan jarak lurus antara dua lokasi berbeza. Yang kita gunakan garis lurus tersebut antara Ka'bah sebagai kiblat solat umat Islam dengan masjid yang korang tentukan tadi.

6. Kemudian double klik pada nama lokasi masjid yang telah korang simpan (save) pada panel Place. Maka korang akan dibawa terbang menuju lokasi masjid tersebut.

7. Setelah sampai pada posisi masjid, kemudian klik pada masjid tersebut. Maka sebuah garis lurus akan nampak. Itu adalah garis lurus yang diambil dari lokasi di mana cursor atau pointer tersebut berada dengan posisi Ka'bah tadi. Garis tersebut boleh difahami sebagai arah kiblat menuju Ka'bah. Kita juga boleh melihat jarak lurus antara Ka'bah dengan masjid tersebut. Dari pengamatan saya jarak Ka'bah dengan Masjid BBN adalah sejauh 6,995.09 km.

Sesuaikah arah kiblat masjid yang korang tentukan tadi???
Selamat mencuba! Dengan Google Earth korang juga boleh melihat apakah posisi Tugu Khatulistiwa di Kota Pontianak berada tepat persis pada koordinat lintang 0°? Atau korang boleh juga mengetahui posisi koordinat rumah korang, universiti, kolej kediaman dan lain-lain ....





0 comments:

Post a Comment