.. The Day After Tomorrow ..

Still there today for tomorrow?

Ribut Salji di Kuala Lumpur ???


Terkejut aku bila mana, terdengar berita di RTM.. mengatakan bahawa, ada ura-ura hebahan dari email yang tidak diketahui siapa penghantarnya... ribut salji bakal melanda ibu negara Malaysia (Kuala Lumpur)...  Namun, pihak Jabatan Meteorologi Malaysia menafikan hal tersebut... Aku terus terpana.. terpana bukannya takut akan berlakunya fenomena semikian tapi terpana kerana ada juga hebahan email sedemikian rupa yang cuba nak menimbulkan rasa tidak senang duduk di kalangan penduduk di Malaysia khususnya... Manakan boleh Malaysia mengalami ribut salji sedangkan kedudukan geografi kita adalah di garisan Khatulistiwa.. bukannya di garisan Jadi atau Sartan...

Selepas sahaja mendengar berita tersebut... lantas aku cuba mendapatkan info terkini yang lebih tepat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia.. Di dalam laman web rasmi JMM menyatakan bahawa ;




PENYEBARAN EMAIL BERKAITAN RIBUT SALJI YANG DIKATAKAN AKAN MELANDA KUALA LUMPUR PADA 20 NOVEMBER 2009: TIADA RIBUT SALJI AKAN BERLAKU
 
Sejak awal November 2009, email telah disebarkan secara meluas berkenaan jangkaan bahawa ribut salji akan melanda Kuala Lumpur (KL) pada 20 November 2009. Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) ingin memaklumkan bahawa maklumat yang dinyatakan di dalam email tersebut adalah tidak benar. Ribut salji tidak berlaku di Malaysia yang terletak di kawasan tropika. Ianya berlaku di negara-negara yang beriklim sederhana. Ketika ini, luruan angin monsun sedang berlaku di negara kita. Luruan angin monsun ini adalah berbeza sama sekali dengan kejadian ribut salji. Luruan angin monsun ini boleh menyebabkan hujan lebat untuk beberapa hari akan datang terutamanya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung seperti Kelantan dan Terengganu. Pada masa yang sama, hujan lebat turut dijangka berlaku di utara Perak, Kedah dan Perlis. Sekali lagi, JMM ingin menekankan bahawa tiada ribut salji akan berlaku pada 20 November. Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai khabar angin berkenaan yang tidak mempunyai bukti dan asas saintifik. JMM memantau cuaca di negara kita dengan rapi dan untuk mendapatkan ramalan keadaan cuaca, orang ramai boleh menghubungi Pusat Ramalan Cuaca JMM di talian 03-79678116 atau melawat laman web rasmi kami di http://www.met.gov.my

Jabatan Meteorologi Malaysia
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
18 November 2009


JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
(MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT)
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
(MINISTRY OF SCIENCE, TECHNOLOGY & INNOVATION)
Jalan Sultan, 46667 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: 603-79678000
Faks: 603-79550964
E-mel: mmd@met.gov.my
http://www.met.gov.my

0 comments:

Post a Comment