.. The Day After Tomorrow ..

Still there today for tomorrow?

Mengenal Hilal dan Kenampakannya


Penentuan awal bulan Hijrah adalah berdasarkan kepada kenampakan anak bulan atau Hilal iaitu ketika Bulan, Matahari dan Bumi berada pada satu garis satah yang sama dan lurus atau juga dikatakan sebagai Ijtimak. Ketika Ijtimak berlaku, Bulan tidak dapat dilihat dari bumi, kerana permukaan Bulan yang kelihatan dari Bumi tidak mendapat sinar daripada Matahari, sehingga dikenali sebagai istilah Bulan Baru (Hilal). Pada petang pertama kali setelah ijtimak, Bulan terbenam ketika sesudah terbenamnya Matahari. Ijtimak merupakan panduan utama penetapan awal bulan dalam Kalender Hijrah.


Bagaimana hilal ditentukan? Hilal ditentukan menggunakan dua kaedah, iaitu Hisab dan Rukyah.
Hisab adalah menentukan posisi berdasarkan perhitungan, iaitu menghitung posisi Matahari dan Bulan pada Bumi. Posisi Bulan Baru penting kerana menjadi petanda kepada permulaaan penanggalan pada bulan yang baru (1hb Kalender Hijrah).
Rukyah pula adalah penentuan posisi Bulan Baru berdasarkan pencerapan, bermakna bulan sabit pertama kelihatan setelah Ijtimak. Ijtimak ialah pengakhiran bagi kitaran lama dan permulaan bagi kitaran baru. Keseluruhan permukaan bulan sebagai mana yang dilihat dari bumi adalah gelap kerana tiada cahaya yang dipantulkan dari matahari mengenai bumi.Rukyah dapat dilakukan dengan pencarapan. Rukyah dilakukan pada waktu terbenamnya Matahari, pertama kali setelah ijtimak (Pada waktu Bulan di ufuk Barat dan terbenam setelah terbenamnya Matahari). Apabila hilal kelihatan, maka pada waktu tersebut  memasuki tanggal 1hb. Tetapi boleh juga terjadi selang waktu ijtimak dengan terbenamnya Matahari terlalu pendek, sehingga secara teorinya, pancaran iluminasi atau pencahayaan cahaya Bulan tidak cukup teramati, kerana masih terlalu suram dibandingkan semburat cahaya sekitar (pendaran cahaya Matahari terbenam).

Rukyah dianggap penting kerana bersangkut paut dengan penentuan awal bulan dalam kalendar Hijrah, lagi-lagi dalam penentuan hari-hari ibadah, iaitu puasa dan haji serta hari-hari lebaran dalam Islam, berpandukan firman suci Allah s.w.t. dalam al-Quran:


Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: (Peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat haji.”2

Diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah mengajar cara-cara penentuan awal bulan menjelang Ramadan:


لا تصوموا حتى تروا الهلال ولا تفطروا حتى تروه فإن غم عليكم فاقدروا له

Maksudnya: “Janganlah kamu berpuasa (Ramadan) kecuali kerana melihat anak bulan dan janganlah kamu berbuka (Syawal) kecuali kerana melihatnya. Maka sekiranya berlaku kekaburan (cuaca mendung), maka tentukanlah ia menggunakan hitungan.”3



Kriteria bagi menentukan kenampakan Hilal bagi Malaysia ialah tertakluk kepada 3 syarat iaitu :

Pertama : 
Ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang daripada 2o (2 darjah)
 

dan

Kedua :
jarak lengkung bulan-matahari tidak kurang daripada 3o (3 darjah)


atau


Ketiga :
Ketika hilal terbenam, umur hilal tidak kurang daripada 8 jam (selepas ijtimak berlaku)


Jika syarat-syarat tersebut dipenuhi, maka wujud kebarangkalian bahawa anak bulan muncul di langit. Keadaan tersebut dipanggil imkanurrukyah (boleh nampak).

* Sumber dari motoha.blogspot.com dan iLuvislam.com

0 comments:

Post a Comment