.. The Day After Tomorrow ..

Still there today for tomorrow?

Badai Matahari 2012 - Kiamat 2012.. Benarkah ??

Sepanjang pulang ke kampung halaman di Kuala Lipis pada Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, membuatkan saya berasa sungguh kagum dengan perasaan ingin tahu yang ditonjolkan oleh sepupu saya yang sahaja berusia 9 tahun. Ini kerana, sebelum ini, dia hanyalah seorang budak yang hanya tahu bermain bersama sepupu-sepupu yang lain tatkala tiba musim cuti sekolah. Bila tiba musim cuti dan dapat bertemu di kampung (yang mana jarang sekali untuk bertemu - mungkin dalam 1 tahun ; 1 atau 2 kali sahaja) dengan ahli keluarga yang lain. 

Suatu pagi, dia menghampiri saya dengan menanyakan 1 soalan. Soalannya :
" ... Kak, akak dah tengok ke cerita 2012? Ebi dengar, cerita tu, cerita pasal hari kiamat.. betul ke? Kiamat 2012.. Orang Maya kata kiamat akan berlaku 2012.. "

Dia tahu bahawa saya ada sedikit ilmu pengetahuan mengenai sains astronomi dan ini memberikan dia peluang untuk mendalami pengetahuan yang tidak ada kepada ada melalui saya. Dengan tenang, saya menjawab seluruh persoalan yang diajukan. Sepupu-sepupu yang lebih kurang sebayanya turut sama mendengar penjelasan dan penerangan saya sebaiknya.. (macam cerita Riwayat Kamil pulak..:-D)

Tetapi saya hanya memberikan penerangan yang jelas, ringkas dan padat sahaja. Saya tidak menceritakan kepada mereka tentang fenomena Badai Matahari yang mana menjadi salah satu daripada kesan berlakunya kejadian-kejadian seperti tsunami, gempa bumi dan lain-lain yang dipaparkan menerusi filem 2012 tersebut.  Dan ianya menjadi salah satu percakapan orang bahawa Kiamat yang bakal berlaku 2012 akan menjadi nyata. Disebabkan tahap pemikiran kanak-kanak yang masih lagi berada di peringkat rendah, tidak mengizinkan saya untuk bercerita dengan lebih lanjut. Apakah itu elektron, neutron dan sebagainya. Ilmu sains mereka masih lagi belum mencapai sebegitu.



Namun, di sini saya akan menceritakan tentang serba sedikit mengenai Badai Matahari atau nama saintifiknya Corona Mass Ejection (CME)) dan adakah bahawa Kiamat 2012 akan berlaku?

Menurut Dr Thomas Djamaluddin ; seorang Pakar Antariksa dari National Institute of Aeronautics and Space (LAPAN), Indonesia dan beliau merupakan salah seorang ahli ICOP (Islamic Crescents' Observation Project) menyatakan bahawa Badai Matahari ini tidak menyebabkan Kiamat namun tetap mempengaruhi fenomena astronomi di sekelilingnya. Badai Matahari ini mempengaruhi secara tidak langsung kepada kehidupan manusia, kesannya adalah seperti gangguan signal radio sehingga menyebabkan jaringan komunikasi menjadi rosak dan tidak berfungsi. Fenomena ini merupakan suatu kemuncak aktiviti bagi Matahari yang mempunyai tempoh masa 11 tahun sekali dan pernah terjadi pada tahun 1979, 1989 dan 2000. Pada klimaks kejadian tersebut, bintik Matahari akan bertambah disebabkan oleh aktiviti magnetiknya dan bertambah mendadak sehingga mempengaruhi ruang angkasa planet lain. Ketika itu, frekuensi kejadian lontaran zarah betenaga tinggi dan pembebasan gelombang elektromagnetik berupa percikannya juga meningkat. 
 
Namun menurutnya, Badai Matahari merupakan sebahagian dari cuaca di angkasa yang mirip dengan cuaca di Bumi, yang membezakannya adalah sifatnya sahaja. Ia menjelaskan, Badai Matahari tidak mempengaruhi langsung pada manusia, namun tetap mempengaruhi unsur-unsur astronomi yang berada di sekitarnya. Gangguan yang perlu dicermati menurut beliau, hanya pada sistem teknologi yang ditempatkan di angkasa seperti satelit komunikasi dan navigasi serta sistem teknologi di Bumi yang terdedah terhadap kumpulan zarah energetik dari Matahari yang masuk ke Bumi melalui kutub. Bila terjadi Badai Matahari potensi bahaya hanyalah kemungkinan rosaknya atau terganggunya satelit yang mengakibatkan antara lain gangguan telefon, siaran televisyen yang memanfaatkan satelit, serta jaringan ATM.

Selain itu, navigasi pada sistem penerima Global Positioning System (GPS) frekuensi tunggal dan siaran radio gelombang pendek juga bakal terganggu akibat adanya gangguan ionosfera (Ionosfer adalah lapisan atmosfera Bumi yang terion oleh sinaran matahari, juga disebut angin matahari. Angin matahari ada kerana korona, yang merupakan lapisan terluar atmosfera matahari, sangat panas dan lebar. Kerana begitu luas, secara malar ion hidrogen dan helium, yang disebut angin matahari atau plasma, boleh meninggalkan graviti matahari. Angin matahari mengalir menjauh dari matahari dan menuju Bumi, di mana mempengaruhi Bumi Magnetosfera, ionosfera, dan medan magnet).

Dari laman sesawang Tempointeraktif,  menurut Thomas lagi, Badai Matahari itu baru menjadi persoalan jika ledakannya mengarah ke Bumi. Ketika itu, bukan hanya satelit yang mengangkasa di orbit bumi yang terganggu. Bumi pun mengalaminya.

".. Saat ledakan matahari mengarah ke Bumi, partikel (zarah) berenergi (bertenaga) tinggi yang ikut terlontar menyusup masuk bumi mengikuti arah medan magnet Bumi dari kutub utara dan menyebar memasuki atmosfer (atmosfera). Insiden (Kejadian) itu pernah dilaporkan pada saat siklus (kitaran) 22 pada 1989. Kala itu transformator (trafo) pembangkit listrik (penjanakuasa) di Quebec, Kanada, terbakar dan sesaat kemudian listrik (elektrik) yang memasok kebutuhan (memerlukan) 6 juta penduduk di sana padam (lenyap) selama 9 jam.."
 
Bukan itu sahaja bahkan penerbangan dan pelayaran yang mengandalikan satelit GPS sebagai sistem navigasi dengan menggunakan sistem manual ketika badai angkasa terjadi, ketika berlepas atau pendaratan pesawat. Ternyata banyak juga pengaruh yang boleh ditimbulkan oleh badai matahari. Jadi yang paling dikhuatiri oleh pemimpin mahupun para ahli dari badai matahari itu sebenarnya terganggunya frekuensi radio. Bagi orang awam, tentunya badai matahari dianggap sebagai api neraka yang akan hadir di Bumi dan akan membumihanguskan (menghancurkan) Bumi beserta isinya menjadi abu. Siapa yang tidak takut? Mungkin ada sebagian yang tidak takut tetapi tetap sahaja menjadikan kita resah.

Cuba kita lihat betapa bahayanya jika frekuensi radio terganggu, radio di sini bukanlah radio mendengarkan siaran berita atau lagu-lagu tetapi lebih kepada alat yang menggunakan konsep radio seperti handphone, wi-fi, GPS, BTS, dan lain-lain. Wah, bererti manusia tidak apa-apa? Tidak juga, disebabkan hampir semua manusia memakai alat berkonsepkan radio. Sekarang cuba lihat pernyataan berikut :

  • Siapa yang tidak geram jika singal handphone naik-turun yang menyebabkan 5 kali menelefon sudah putus.
  • Cuba lihat pesawat dan kapal menggunakan sistem navigasi manual, tidak lagi memakai GPS, tentu sahaja kadar kemalangan lebih tinggi dibandingkan dengan memakai GPS. Jadi hati-hati nanti apabila tahun 2011-2013 Anda berniat untuk menaiki pesawat.
  • Kita pernah lihat kan ada seperti kamera kecil di atas ATM? Itu tandanya ATM tersebut menggunakan frekuensi radio, mungkin menuju satelit atau apa pun saya kurang faham. Tetapi yang jelas kalau menggunakan frekuensi radio ATM tersebut terganggu juga. Jadi kalau mahu mengambil wang di ATM siap-siap saja menerima tulisan “ERROR” atau “ATM TIDAK DAPAT DIGUNAKAN UNTUK SEMENTARA”. Kesimpulannya, ambillah wang anda dari bank jauh-jauh hari dan letakkan di bawah bantal tidur atau dalam almari :cool:
  • Anda memakai wi-fi untuk internet? Jangan harap boleh menerima singal dengan baik tentu sahaja kerana frekuensinya terganggu, wi-fi memakai signal di 54GHz dan channel 20/40MHz, dengan ini kebebasan anda dalam berinternet akan terganggu.
  • Potensi ruang angkasa negara untuk mensasarkan ICBM/CBM pesawat Nuklear menjadi sangat kecil, tentu sahaja kerana ICBM/CBM menggunakan konsep radio dalam hal ini GPS untuk menonton ICBM jatuh meletup tepat pada sasaran. Kalau signal GPS sahaja terganggu? Silap-silap boleh mengarah ke negara sendiri maka habis la negara kita.. atau mungkin menyasar ke laut. Oleh itu, para negara pemilik ICBM/CBM tentunya berfikir berkali-kali jika ingin meluncurkannya pada tahun 2011-2013.
  • Hati-hati terhadap haiwan yang sensitif terhadap gangguan frekuensi seperti anjing dan kelawar, silap nanti ketika anda sedang berjalan-jalan di waktu petang, anda dikejar kelawar mabuk singal atau digigit anjing yang marah gara-gara signal.

Maka dengan itu, sama-samalah kita berdoa pada ALLAH S.W.T agar Badai Matahari ini tidak mengganu seluruh jiwa manusia. 

Sekian ...

sumber : http://aprillins.com/akibat-terjadinya-badai-matahari-2012 

0 comments:

Post a Comment