.. The Day After Tomorrow ..

Still there today for tomorrow?

Perbandingan Kenampakan Hilal 29 dan 30 Zulhijjah 1430 H


Sekarang diberikan gambaran kepada anda, simulasi bagi cerapan Hilal Muharram 1431 H yang telah saya lakukan pada petang semalam.. Perisian yang digunakan ialah Stellarium 0.10.

Nah, lihat kedudukan Bulan (yang bertanda 4 calit merah) dan ini telah menunjukkan kepada kita bahawa Hilal Muharram 1431 H tidak kelihatan pada tarikh 29 Zulhijjah 1430. Atau lebih mudah difahami, Bulan sudah jatuh dahulu dari Matahari. Ini kerana tidak memenuhi kriteria Imkanur Rukyah (238 ; ini ialah formula yang saya gunakan untuk mengingatinya) iaitu :

  1. Altitud Bulan tidak melebihi 2* (sedangkan data yang diperolehi ialah -1.51*) dan sepatutnya melebihi 2*
  2. Jarak Lengkuk Bulan tidak melebihi 3* (sedangkan data yang diperolehi ialah 2.70*) dan sepatutnya melebihi 3*
  3. Umur bulan tidak melebihi 8 jam (sedangkan data yang diperolehi ialah -1.21 jam) dan sepatutnya melebihi 8 jam.

sumber : Unit Falak UDM KUSZA


Oleh sebab itu, bilangan hari dalam bulan Zulhijjah perlulah digenapkan menjadi 30 hari pada 30 Zulhijjah 1430 H bersamaan 17 Disember 2009. Gambaran pada tarikh ini akan diterangkan selepas saya mendapat keputusan atau hasil daripada cerapan saya  sebentar lagi.. InsyaALLAH...

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa perlu melakukan cerapan ini secara simulasi? Dan apakah yang dikatakan sebagai simulasi? Simulasi bermasksud mengajuk atau meniru keadaanya atau suasananya seolah-olah betul atau hampir sama dengan keadaan sebenar.



Yang memungkinkan saya untuk melakukan cerapan ini secara simulasi adalah kerana ketidakmampuan saya untuk memiliki sebuah teodolit (hanya sudah mencukupi bagi seorang amatur yang masih lagi dalam proses untuk menjadi profesional dalam bidang ini untuk memiliki alat tersebut. Setidak-tidaknya boleh melakukan cerapan anak bulan sahaja), teleskop dan segala peralatan cerapan yang berkaitan dan faktor cuaca juga sangat menitik beratkan penggunaan simulasi ini.  Sebagai contoh hujan lebat, ribut taufan, petir dan sebagainya.

Disebabkan itulah wujudnya pembangunan perisian astronomi ini dibangunkan bagi mencari alternatif kepada masyarakat bagi menjalankan aktiviti ini. Jadi, perlulah diingatkan bahawa penciptaan teknologi ini bukanlah sia-sia tetapi memberi 1000 manfaat yang boleh digunakan seluruh umat manusia... :-)

1 comments:

Pada pandangan saya, cerapan simulasi sebagai gambaran awal sebelum turun mencerap hilal pada hari yg sepatutnya (29haribulan setiap bulan islam). di malaysia, keperluan mencerap hilal diperlukan sebagai memenuhi tuntutan syarak disamping mengumpul data-data cerapan hilal di malaysia.

student falak syarie,
akademi pengajian islam UM & makmal fizik angkasa UM.

 

Post a Comment