.. The Day After Tomorrow ..

Still there today for tomorrow?

Posisi Hilal 1431 H

Bagi penentuan Awal Muharram 1431 H ini, saya telah melakukan sedikit pengiraan (sedikit?? rasa cam aak banyak jugak dan ditambah dengan pening... huhu) tentang kedudukan atau posisi hilal bagi kenampakan anak bulan tersebut. Saya menggunakan 2 kaedah iaitu pengiraan manual (menggunakan formula dan aplikasi perisian kecil tidak rasmi). Bagi kriteria kenampakan anak bulan, telah saya bincangkan dalam topik sebelum ini. Namun, hari ini saya ingin menunjukkan bahawa anda juga boleh melakukan kerja ini sebagaimana yang telah saya lakukan iaitu dengan menggunakan perisian kecil ini.

Saya tidak mahu menunjukkan kaedah pengiraan melalui formula kerana ia memerlukan kefahaman yang mendalam dan meluas. Jadi, saya membuat keputusan untuk berkongsi dengan anda semua cara penggunaan perisian tersebut. Ini kerana data tersebut hanya perlu dimasukkan ke dalam sebuah "perisian" yang kecil, mudah dan senang untuk digunakan. Mari kita mulakan....

Perlulah diingatkan bahawa data rukyah yang diperlukan adalah pada tarikh ijtimak itu berlaku iaitu pada 29hb.

Sebelum saya pergi lebih jauh, perlu diketahui apakah yang dikatakan sebagai Ijtimak. Ijtimak berlaku apabila Bulan, Bumi dan Matahari berada di garisan atau longitud yang sama. Gambarajah ijtimak berlaku ditunjukkan di bawah :




Langkah mudah, adalah dengan mendapatkan koordinat tempat yang ingin dicerap (untuk melakukan cerapan Hilal) contohnya, jika anda ingin melakukan cerapan di Balai Cerap KUSZA, maka koordinatnya (nilai latitud dan longitud) ialah 5* 32' 10" dan 102* 56' 55". Boleh juga kita mengubah koordinat mengikut tempat yang dipilih sebagai tempat cerapan. Contohnya, saya ingin menjadikan Dungun sebagai tempat cerapan saya. Di mana koordinatnya ialah 4* 46' 00" dan 103* 25' 00".

Bagi semua koordinat ini boleh diperolehi melalui peta dari Jabatan Ukur dan Tanah Daerah ataupun anda boleh melayari Google Earth dan hanya menaip saja di mana lokasi yang anda ingin lakukan cerapan. Di bawah skrin akan memberikan kedudukan koordinat yang lebih tepat kepada anda. Sebagai contoh ;






Dan pada nilai yang ada pada saya ini, saya perolehinya ketika menghadiri Kursus Falak UDM 09/10 pada Mei 2009 baru-baru ini melalui pensyarah saya, En. Ahmad Taufan Abd. Rashid.


Seterusnya, anda diminta untuk membuka satu lagi tetingkap Web Browser anda dengan menaip Laman Sesawang Unit Falak Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) di bawah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam dengan memilih menu Kalkulator Posisi Hilal.

Sedikit pengenanalan mengenai Kalkulator Posisi Hilal ver. 2.2009. 
 
Kalkulator Posisi Hilal ver. 2.2009 ini adalah versi pertama tahun 2009 diterbitkan untuk kegunaan awam Malaysia. Hitungan menggunakan kaedah dalam buku Ilmu Falak tulisan Baharrudin bin Zainal terbitan DBP 2002. Sebagaimana yang dinyatakan oleh penulis buku tersebut, hitungan berkenaan merupakan hitungan berkejituan rendah namun sesuai untuk rujukan umum sahaja. Tambahan pula, Kalkulator Posisi Hilal bukan merupakan perisian rasmi pihak berkuasa yang terlibat dalam penyusunan takwim.
 

 
 Kalkulator ini melakukan hitungan secara berperingkat. Peringkat pertama (1) hitungan posisi hilal dibuat berdasarkan lokasi Tanjung Cincin, Langkawi, yang digunakan sebagai rujukan negara dalam menentukan kebolehnampakan hilal bagi penyusunan takwim. Syarat Imkanurrukyah (Malaysia) digunakan bagi menentukan tarikh awal bulan (1hb), yang membolehkan tarikh 29hb iaitu hari rukyah ditentukan.

Peringkat kedua (2) hitungan posisi hilal dilakukan berdasarkan lokasi pilihan pengguna, untuk membolehkan pengguna mengetahui posisi hilal dari lokasi mereka sendiri.

Peringkat ketiga (3) hitungan posisi hilal dilakukan untuk hari 30hb, apabila hitungan menunjukkan hilal tidak memenuhi syarat Imkanurrukyah pada hari 29hb bagi lokasi pilihan. Harap maklum bahawa bilangan hari ini bukan berasaskan lokasi rujukan negara. Justeru bilangan hari dipaparkan mungkin berbeza dengan takwim kebangsaan.

Grafik posisi bulan dan matahari turut dipaparkan untuk gambaran asas. Grafik tidak menggunakan skala yang tepat untuk penjimatan ruang paparan. Garisan putus-putus merujuk garis minimum kenampakan menurut kaedah yang diamalkan di Malaysia

Langkah-langkahnya :
 

 
 
 
 
 
Pertama : Sila pilih bulan Hijri yang ingin ditentukan. Jika Muharram 1431 H... pilih 1 (Muharram) dan tahun hijri 1431 H.





Kedua : Menaip lokasi di mana anda ingin melakukan cerapan. Sebagai contoh, saya tentukan bahawa Dungun, Terengganu adalah tempat cerapan.
Dan anda juga boleh meneruskan langkah berikut iaitu langkah yang terakhir dengan memasukkan koordinat tempat atau bandar tersebut.

Lalu, klik PAPAR. Lihat keputusannya :


 Paparan 1

 Paparan 2

 
Paparan 3


Paparan 4

Keempat-empat output yang dipamerkan kepada kita (saya membuat Print Screen sebanyak 4 kali) tersebut adalah lengkap, di mana pada Output 1 menunjukkan bahawa serba ringkas ataupun sinopsis mengenai data yang dimasukkan tadi. Di mana, ianya memaparkan bilakah waktu Matahari dan Bulan terbenam dan melalui data Matahari terbenam tersebut dapat diketahui bahawa kriteria-kriteria Imkanur Rukyah dipaparkan. Jadi, adakah hilal Muharram akan kelihatan? Segalanya terpapar pada Output 1 dan silalah merujuk kepada artikel yang telah saya uar-uarkan sebelum ini.
 
Di bawahnya pula menghadirkan kita mengenai data rukyah pada 30 Zulhijjah 1430 H. Ini bermakna, hilal pada 29 Zulhijjah 1430 H adalah tidak kelihatan tapi pada 30 Zulhijjah 1430 kelihatan dan memenuhi kriteria Imkanur Rukyah.  Lakaran tidak berksala tepat telah diilustrasikan dengan baik supaya anda dapat memahami dengan lebih baik lagi mengenai Posisi Hilal ini.

Pada Output 2 telah diterangkan dan dijelaskan pada tajuk pengenalan Kalkulator Posisi Hilal sebentar tadi. 

Sebenarnya, masih banyak lagi yang saya ingin berkongsi bersama anda mengenai pengiraan asas ilmu falak ini kerana ianya boleh dilakukan dengan kudrat anda sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Anda serba sedikit telah mendapat ilmu secara tidak langsung, benar bukan? InsyaALLAH, di masa akan datang, saya akan cuba mencai material lain untuk dikongsi lagi... Sekian, SELAMAT MENCUBA !!

0 comments:

Post a Comment