.. The Day After Tomorrow ..

Still there today for tomorrow?

Hilangnya Ahli Falak Terengganu .. Al-Fatihah

Assalamualaikum w.b.t ..

Agak terkejut juga apabila dikhabarkan bahawa pemergian seorang Ahli Falak dari Terengganu ; Hj Abdul Ghani bin Salleh yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.45 pagi ; 28 Ogos 2009.. Semoga roh Allayarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T ..Al- Fatihah

Sebelum ini, aku diberi kesempatan untuk mengenali dan menziarahi Allahyarham di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu tatkala beliau dimasukkan ke hospital tersebut akibat serangan strok ... aku dengan budak-budak PSF (Program Sijil Falak 09) diberi peluang untuk berkunjung ke sana namun nasib tidak menyebelahi kami ... Bila kami sampai je di hospital, kami diberitahu oleh jururawat bertugas bahawa beliau telah pulang ke rumah (discharge) tidak lama selepas kami sampai di sana...

Aku sempat kenal arwah (tengok muka dari jauh) ... Masa tu, aku attend Seminar Astronomi anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) ... Orangnya tampak garang... huhu.. patut la, En Mad (Ahmad Taufan), En lan (Roslan Umar) dan En Baha (Baharrudin Zainal) - (Tenaga Pengajar Unit Falak, FKI, UDM KUSZA) pernah inform padaku dan kawan-kawan yang lain.. yg arwah ni memang seorang yang tegas... memang kena ngn raut wajah dia...

Banyak sudah jasa yang Allahyarham tinggalkan.. Ilmu Falak di Terengganu berkembang pesat dengan adanya seorang Ahli Falak yang datangnya dari warga Terengganu sendiri.. bukan senang untuk memperoleh dan mempelajari ilmu falak dan menjadi seorang yang amatur dalam bidang yang bukan semua orang minat.. Salah satunya adalah formula pertukaran tarikh miladi-hijri dan sebaliknya... Sehingga sekarang aku masih lagi menggunakan formula tu..

Walaupun aku tak berapa kenal dengan arwah, tapi aku merasai pemergian arwah... membuatkan aku berfikir sejenak... siapa lagi yang patut dirujuk andai kata masalah falak timbul selepas ni? "Seniman" yang da banyak berjasa dalam ilmu falak... tempat menjadi rujukan segenap masyarakat ...

Walaupun pengajian aku sekarang bukan dalam bidang falak.. namun dengan sijil falak yang aku perolehi.. aku tak kan biarkan terkubur gitu je.. aku akan martabatkan ilmu falak ni selagi aku termampu... sekarang aku menyusun strategi untuk tubuhkan Kelab Astronomi di USIM... aku sedang mengumpul bahan-bahan yang perlu... doakan perjuangan aku... Hidup Falak...!!

0 comments:

Post a Comment