.. The Day After Tomorrow ..

Still there today for tomorrow?

... Puasa : 20 Ogos lihat anak bulan ...


KUALA LUMPUR 12 Ogos - Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa tahun ini yang bersamaan 1430 hijrah ditetapkan pada sebelah petang 20 Ogos ini.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataannya hari ini memberitahu, tarikh permulaan puasa akan diisytiharkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.

''Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab,'' jelas kenyataan itu.

Lokasi melihat anak bulan Ramadan yang telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja adalah di 29 stesen cerapan iaitu di Pontian Kecil (Johor), Balai Cerap Al-Khawarizmi di Tanjung Bidara (Melaka), Teluk Kemang (Negeri Sembilan) Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra (Selangor).

Stesen cerapan lain adalah di Pantai Pasir Panjang (Perak), Pantai Acheh (Pulau Pinang), Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar (Kedah), Bukit Besar, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut, Balai Cerap KUSZA (Terengganu).

Lokasi seterusnya adalah Bukit Peraksi, Pasir Putih, Bukit Kampung, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC di Kota Bharu (Kelantan), Tanjung Lubang, Teluk Bandung dan Tanjung Batu di Bintulu (Sarawak), Tanjung Dumpil (Sabah), Bukit Tanjong Batu, Nenasi dan Bukit Pelindong di Kuantan (Pahang).

Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan Kuala Sungai Baru serta Simpang Empat (Perlis) juga akan menjadi lokasi melihat anak bulan.


sumber dari Utusan Malaysia, 13 Ogos 2009

0 comments:

Post a Comment